Ikuti kami di Facebook

22 Ogos 2012

Majlis Khatam Al-Quran 2012


4 Syawal 1433H bersamaan 22 Ogos 2012


Pada 27 Ramadhan 1433H bersamaan 16 Ogos 2012 iaitu hari Khamis SRI Cahaya Ummi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Majlis ini diadakan sehari selepas cuti sekolah secara serentak seluruh Malaysia yang jatuh pada hari Rabu.

Secara ringkasnya majlis diadakan seawal jam 8 pagi. Dimulakan dengan bacaan dari Surah Adh-Dhuha sehingga Surah An-Nas oleh peserta-peserta khatam yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan tahun 6. Majlis diteruskan dengan bacaan hafazan surah-surah lazim oleh wakil setiap tahun.

Seperti tahun yang lalu akan ada guru-guru yang bakal meninggalkan sekolah sejurus selepas cuti raya, pada tahun ini Ustaz Hasyir bakal menamatkan khidmatnya di sekolah bagi menyambung pengajiannya dalam peringkat PhD.

Juga guru yang akan meninggalkan sekolah ini ialah Sir Fathullah yang bakal menyambung pengajian beliau dalam bidang kedoktoran. Ucapan terima kasih sekolah atas pengorbanan serta jasa kalian kepada kami. Kami semua mendoakan kejayaan para asatizah di masa akan datang insyaAllah.

Berikut gambar yang sempat kami dapatkan :













Ustaz Hasyir



                                                                     


                                            



 Antara peserta khatam Al-Quran 2012






Sesi salam bersalaman dengan guru serta agihan duit raya

Boleh lihat gambar dan memuat turunnya dengan klik disini

Juara Azan Tv-AlHijrah

Akhir kata kami pihak Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MAAF ZAHIR BATIN. Bercuti dan manfaatkan cuti dengan sebaiknya dan jangan lupa dengan beribadat kepada Allah. Sekian.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...