Ikuti kami di Facebook

10 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa bersama YB Dr Puad Zarkashi

Assalamualaikum w.b.t

21 Ramadhan 1433H bersamaan 10 Ogos 2012.

Pada 15 ramadhan 1433H bersamaan 4 Ogos 2012 telah diadakan majlis gilang gemilang. Majlis berbuka puasa bersama YB Dr Mohd Puad B. Zarkashi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis ini diadakan hasil daripada kesungguhan warga SRI Cahaya Ummi bagi bagi meletakkan sekolah ke tahap yang lebih hebat lagi.

Kehadiran YB dinantikan hampir 100 pelajar, para guru serta ahli jawatankuasa PIBG di pintu pagar sekolah sambil menggenggam bendera ditangan masing-masing. Suasanan cerita itu diserikan lagi dengan pakaian tema warna ungu yang dikenakan pada hari itu. 

Ketibaan YB disambut dengan lagu serta kibaran jalur gemilang oleh anak-anak SRI Cahaya Ummi. Majlis diteruskan dengan pembentangan slide berkenaan sekolah yang diadakan dibilik tertutup. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama pelajar tahun 6 2012 serta guru SRI Cahaya Ummi dan Ahli Lembaga PIBG. 


Bagi menanti waktu berbuka puasa, majlis diisi dengan ucapan daripada Guru Besar SRI Cahaya Ummi serta ucapan daripada YB sendiri yang mana dipengerusikan oleh DJ IKIM.fm saudari Latifah Abd Aziz. Majlis diteruskan dengan sesi menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim. Setelah itu, pada sebelah malam pula majlis diserikan dengan persembahan hafazan adik Izzat Fahmi Rosli pelajar tahun 2. 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat kami rakamkan :

Ketibaan YB Dr Puad Zarkashi



YB bersama pelajar tahun 6 SRI Cahaya Ummi

YB bersama Guru dan PIBG SRI Cahaya Ummi





Ucapan alu-aluan Guru Besar SRI Cahaya Ummi


Pengerusi majlis jemputan dari IKIM f.m saudari Latifah Abd Aziz

Ucapan YB Dr Mohd Puad Zarkashi



Anggota RELA bertugas melancarkan lalu lintas


Sumbangan dihulurkan kepada anak-anak yatim

Rojak antara menu yang disediakan 




Solat tarawih diimamkan oleh Pakcik Lee


Alumni SRI Cahaya Ummi

Mereka yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini

Lagi gambar boleh lihat dengan klik disini

Majlis diakhiri dengan moreh serta gotong-royong membersihkan tapak majlis.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...