Ikuti kami di Facebook

26 Oktober 2011

Perasaan dan Harapan


Assalamualaikum w.b.t
Segala puji diucapkan kepada Tuhan sekalian alam
selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
moga-moga mendapat syafaat daripadanya kelak
amin..
Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud "Tuntutlah ilmu dari buayan sehingga ke liang lahad". Ia selaras dengan firman Allah di dalam Alquran surah al-A'laq yang menuntut kita membaca(mencari ilmu). Ilmu itu bukan terhenti sekadar di kertas atau di sijil-sijil atau terhenti pada UPSR, SPM, Ijazah dan PhD, tetapi ilmu itu berjalan seiring dengan umur kita yang masih berbaki ini.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

24 Oktober 2011

Lawatan ke Taman Botani dan Kilang High 5


Assalamualaikum w.b.t
syukur kita tidak terhingga dipanjatkan keatas Allah s.w.t
atas nikmat Iman dan Islam yang tidak terhingga
moga dikekalkan didalamnya
amin..


Tanggal 22 Oktober bersamaan hari Sabtu pelajar tahun 4, 5 dan 6 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Botani Shah Alam dan juga Kilang Roti High 5. Pelajar telah bertolak dari sekolah seawal jam 8 pagi sebelum tiba di Taman Botani terlebih dahulu.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

22 Oktober 2011

Program Lawatan Sambil Belajar '11



Assalamualaikum w.b.t
pada sekian lama kita tidak bertemu
namun Allah telah memanjangkan usia kita untuk kearah itu
sama-sama kita memanjatkan syukur keatas Rabbul Jalil
atas nikmat dipanjangkan umur bagi meneruskan syiar Islam serta ibadah
kepada-Nya InsyaAllah..


Pada hari ini 22 Oktober '11 anak-anak tahun 5 dan 6 akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Botani di Shah Alam seterusnya akan meneruskan lawatan ke Kilang roti High 5. Program lawatan ini bertujuan untuk menghilangkan penat lelah anak-anak yang bermati-matian berjuang di dalam peperiksaan. Moga-moga di permudahkan perjalanan oleh Allah serta mendapat redha darinya.


Sekian dulu,
laporan program akan menyusul
wassalam.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

06 Oktober 2011

Ujian Kelayakan Kemasukan Pelajar Baru 2012



Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)


Assalamualaikum w.b.t
setinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Ilahi
serta selawat dan salam keatas
junjungan besar Rasulullah s.a.w
moga-moga diberi syafaat
di Akhirat kelak
amin..


Gambar Hiasan


Pada Ahad ini iaitu 9 Oktober 2011, Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi akan 'Ujian Kelayakan Pengambilan Pelajar 2012'.Ujian ini akan berlangsung pada jam 9 pagi bertempat di SRICU.

Sehubungan dengan itu kepada Ibubapa yang berminat menghantar anak-anak mereka untuk menuntut di SRICU agar dapat menghantar anak-anak mereka lebih awal bagi memudahkan serta melancarkan perjalanan program.

Alamat serta nombor telefon sekolah boleh di dapatkan di 'sidebar' blog. Kerjasama pihak Ibubapa serta anak-anak kami dahulukan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian,wassalam.








..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

04 Oktober 2011

PSRA berlalu UPSRA menunggu



Assalamualaikum w.b.t
Segala puji di angkat keatas Allah s.w.t
Dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat kita bernafas
didalam roh Islam, moga-moga dirahmati Allah
atas semua nikmat yang diberi
amin...


Pada 26 sehingga 29 September anak-anak tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah berjaya menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama yang merangkumi 6 subjek iaitu Feqah & Tauhid, Sirah & Akhlak, Tajwid & Jawi, Bahasa Arab, Imlak & Khat, Tilawah & Hafazan.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

21 September 2011

Latihan Ujian Syafawi UPKK




Assalamualaikum w.b.t
Selawat atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
Moga-moga kita diberi syafaat di akhirat kelak
amin...

Pada minggu ini anak-anak tahun 5 yang bakal menduduki UPKK bakal mengadakan beberapa latihan bagi menduduki Ujian Lisan(Syafawi) yang merangkumi hafazan dan juga tilawah.

Latihan ini juga dijalankan oleh 'Trio' SRI Cahaya Ummi iaitu Ustaz Ismail, Ustaz Sainul dan Ustaz Roslan.Ia dijalankan di kelas tahun 4 Khalid Al-Walid.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Seminar PSRA '11





Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera atas junjungan besar Muhammad s.a.w
sama-sama kita menyambung perjuangan baginda
dalam memperjuangkan Islam
amin...

Gambar Hiasan

Tanggal 19 September bersamaan Isnin yang lepas anak-anak tahun 6 CUIS telah menghadiri satu lagi majlis ilmu iaitu 'Seminar Teknik Menjawab PSRA'.Program ini telah di adakan di Sekolah Rendah Islam Ilmi,Ampang Jaya.

Seminar ini telah di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Azhari Sulaiman yang mana menerangkan kaedah-kaedah serta teknik menjawab soalan bagi peperiksaan 'Penilaian Sekolah Rendah Agama' atau singkatannya disebut sebagai PSRA.Moga-moga memberi manfaat kepada anak-anak sekalian.

Akhir kata mari sama-sama kita doakan agar anak-anak kita boleh menjawab soalan pada minggu hadapan dengan tenang serta di permudahkan oleh Yang Maha Esa.Amin

Sekian,wassalam. 



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Ceramah Motivasi UPSR 2011




Assalamualaikum w.b.t 
Salam persaudaraan
Salam ceria
dari kami warga CUIS
moga-moga kita diberi kesihatan seadanya
amin..
Gambar Hiasan

Pada Jumaat yang lepas iaitu seminggu sebelum anak-anak tahun 6 seluruh Malaysia menduduki UPSR SRI Cahaya Ummi telah menghatar anak-anak tahun 6 CUIS bagi menghadiri ceramah motivasi yang bertajuk 'Di Ambang UPSR Ke Mana Saya Selepas Ini'.

Program motivasi ini telah diadakan di Pusat Kegiatan Kemas,Sri Batu Kampung Batu Muda,Kuala Lumpur yang mana penceramah pada kali ini tidak asing lagi iaitu Ustaz Umar Muhamad yang juga merupakan Pegawai Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. 

Harap maaf kerana kami tidak sempat untuk mendapatkan foto sepanjang program tersebut.Namun akhir kata ayuh sama-sama kita mendoakan agar anak-anak kita dianugerahkan kejayaan serta di tempatkan di sekolah-sekolah menengah yang bakal menjadikan mereka ilmuan yang berguna suatu haru kelak,amin.


Sekian,wassalam. 



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

20 September 2011

Rumah Terbuka Eidulfitri CUIS '11




Assalamualaikum w.b.t
Kaifa halukum?
kami berharap agar kita semua terus di berkati Allah 
di dalam bulan syawal ini
amin...

Pada 15 September bersamaan hari Khamis yang lepas Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan majlis 'Rumah Terbuka Eidulfitri'.Sambutan kali ini diadakan bagi meraikan kehadiran para Ibu Bapa serta penduduk setempat selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga CUIS serta para Ibu Bapa dan penduduk setempat.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

19 September 2011

Peperiksaan UPSR 2011




 Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua?
harap-harap di dalam keadaan sihat sejahtera 
dan di redhai Allah
Amin.

  Pada 13 sehingga 15 September yang lalu,pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).Ia berlangsung di Sekolah Kebangsaan Batu Muda yang terletak belakang SRICU sendiri.

Reaksi yang memberangsangkan daripada pelajar-pelajar telah menggambarkan kepuasan di dalam diri
 masing-masing.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

11 September 2011

Majlis Perpisahan Ustaz Hakimi & Ustazah Nazirah

Assalamualaikum w.b.t
Kaifa halukum al'an?
Insyallah sihat semuanya.


Setelah hampir lapan bulan Ustaz Hakimi dan Ustazah Nazirah berbakti kepada Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi kini SRICU terpaksa menerima kehilangan mereka yang mana telah di dahului oleh Ustaz Adha.Mereka berdua sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM).

Pada  6 September 2011 bersamaan hari Selasa SRICU telah mengadakan jamuan perpisahan bagi mengucapkan selamat berjuang kepada Ustaz Hakimi dan Ustazah Nazirah serta memberi penghormatan terakhir atas jasa bakti mereka selama mana berada di bumi SRICU yang tercinta.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

27 Ogos 2011

Majlis Khatam Quran dan Perpisahan

Assalamualaikum w.b.t

Dari Ummu Mukminin Aisyah R.A, Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Adalah Rasululluh s.a.w. apabila masuk (tanggal) sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda s.a.w. bersedih dan bersiap-siap menghidupkan (beramal) pada malam hari. (Riwayat Muttfaq Alaihi)


 Ayuh sahabat-sahabat sekalian,sama-sama kita merasa sedih akan pemergian Ramadhan ini.Sehubungan dengan itu pada 26 Ogos bersamaan hari Jumaat 26 Ramadhan


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

24 Ogos 2011

Agihan Bubur Lambuk siri ke-2

Assalamualaikum w.b.t

 Salam Ramadhan kepada pengunjung yang setia mahupun yang baru sahaja 'singgah' ke laman kami.Dengan kurnian rezeki daripada Allah maka sekali lagi pihak Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi memasak bubur lambuk dan mengagihkannya kepada penduduk sekitar kawasan sekolah.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

23 Ogos 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR & PSRA sebelum menjelang Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t

 Ramadhan Karim!!kurang dari 10 hari Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita,moga di panjangkan umur sehingga ke akhirnya.

 Bermula dari 22 sehingga 25 Ogos 2011 pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan yang ke-4 dan ini percubaan terakhir sebelum peperiksaan UPSR yang sebenar.

 Di bawah ini kami sertakan dengan beberapa keping foto:







Melalui raut-raut wajah mereka ternyata kesungguhan mereka untuk berjuang untuk mencapai kejayaan,mari sama-sama kita mendoakan akan kejayaan mereka,amin.sekian wassalam.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

21 Ogos 2011

Program Kuarantin Year 6 Siri-5(Final)

Assalamualaikum w.b.t

5A(UPSR)Mumtaz(PSRA)


  Ramadhan Karim!!Walaupun hanya tinggal 10 malam lagi,sama-sama kita mengejar dengan pecutan terakhir ini dengan jayanya InsyaAllah.

 Setelah melalui 4 siri dan pada siri yang ke-5 merupakan siri penutup bagi program Kuarantin Tahun 6 untuk tahun yang pertama ia diadakan.Pelbagai kenangan yang manis yang semestinya tidak boleh di lupakan oleh warga tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi 2011 ketika di'kuarantin'kan.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

20 Ogos 2011

Peperiksaan Pra PKSR 2

Assalamualaikum w.b.t

 Salam Ramadhan dari kami.Bermula dari hari Selasa 16 Ogos sehingga hari Khamis 25 Ogos pelajar Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi menjalani Peperiksaan Pra PKSR 2.

 Peperiksaan ini 'modus operandi'nye sama sahaja seperti Peperiksaan Pra PKSR 1 yang mana ia bertujuan untuk menguji tahap persedian anak-anak bagi menghadapi peperiksaan PKSR 2 atau pun lebih di kenali sebagai Peperiksaan Akhir Tahun.

 Disini kami sempat memuatkan beberapa gambar yang berkenaan :















Justeru itu di kesempatan ini mari kita doa agar kejayaan anak kita dapat di capai dengan hasil usaha mereka dan tawakal mereka kepada Yang Maha Esa,amin.Sekian Wassalam.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Program Agihan Bubur Lambuk CUIS '11

Assalamualaikum w.b.t

 "Ya Allah berkatilah kami di dalam bulan Ramadhan ini dan kau sampaikanlah kami dengan Lailatul Qadr",amin.
Moga-moga apa yang kita doakan dikabulkan oleh Allah Yang Maha Esa.

 Pada 15 Ogos bersamaan 15 Ramadhan(Isnin) yang lalu Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan program memasak dan mengagihkan bubur lambuk kepada pelajar-pelajar dan penduduk berdekatan.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

14 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat 2011

Assalamualaikum w.b.t

 Ramadhan Karim!!Selawat serta salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat.Sedar tak sedar kita telah menjangkau ke fasa yang ke-2 iaitu 'Fasa Pengampunan' yang mana Allah membuka langit untuk mendengar taubat hamba-hambanya yang berdosa.

 Sehubungan dengan itu 'entry' kali ini ingin kami paparkan perjalanan program berbuka puasa dan solat hajat bagi memohon ke hadrat Ilahi kejayaan anak-anak dalam peperiksaan besar terutamanya UPSR,PSRA,UPSRA dan UPKK.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Program Kuarantin Tahun 6 Siri ke-4(12-13 Ogos 2011)

Assalamualaikum w.b.t

  Salam Ramadhan dari kami warga Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi,dengan kudrat serta kekuatan yang di berikan oleh Allah A'zzawajalla kita dapat meneruskan lagi program kuarantin kita untuk siri yang ke-4.

   Siri ini merupakan siri yang ke-2 terakhir sebelum anak-anak tahun 6 menduduki peperiksaan yang besar iaitu UPSR,PSRA dan UPSRA pada tarikh-tarikh yang  di tetapkan.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

07 Ogos 2011

Souq Al-Hadhari(10 Julai '11)




Assalamualaikum w.b.t

Sebelum kami memulakan pena tulisan untuk 'post' kali ini pihak pentadbir blog memohon maaf atas kelewatan mengutarakan 'post' ini,segala kesulitan amat di kesali.

Seperti kita sedia maklum pada 10 Julai 2011 bersamaan hari Ahad telah di adakan 'Souq Al-Hadhari' atau nama lainnya 'Hari Usahawan'.

 Hari ini berlangsung seawal jam 8 pagi sehingga lah ke jam 3 petang.Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan bahkan bukan orang Melayu Islam sahaja yang hadir tetapi mereka yang berbangsa India dan Cina juga turut sama-sama menjayakan program ini.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

30 Julai 2011

Program Kuarantin tahun 6 siri ke-3(29-30 Julai)

Assalamualaikum w.b.t

   Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan i'nayahnya dapat kita menjayakan 'Program Kuarantin Tahun 6' untuk siri yang ke 3 iaitu siri terakhir sebelum Ramadhan kunjung tiba.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

23 Julai 2011

Program Kuarantin Pelajar-pelajar tahun 6(22-23 Julai)

Assalamualaikum w.b.t

 Peperiksaan besar menjelang tiba,pelbagai persiapan rapi yang giat di jalankan oleh guru-guru dengan kerjasama pelajar-pelajar terutama pelajar tahun 5(UPKK) dan tahun 6 (UPSR,PSRA,UPSRA).

Justeru itu Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi mengadakan program 'Kuarantin' bagi anak-anak tahun 6 yang akan menduduki UPSR tidak sampai sebulan sahaja lagi(tolak cuti).Program ini di jalankan secara bersiri yang mana buat masa ini baru berjalannya siri ke-2.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

17 Julai 2011

Qiamullail Bersiri 2011

Assalamualaikum w.b.t

    Para Rasul terdahulu di wajibkan oleh Allah s.w.t untuk bangun di tengah malam untuk beribadah kepadanya sehingga Rasullah s.a.w sendiri kakinya lebab serta berdarah kerana bermunajat kepada Allah.Oleh itu pada 1 dan 15 Julai 2011 sekolah telah mengadakan program qiamullail yang mana di sertai oleh pelajar-pelajar tahap 2 dan guru-guru CUIS.

  Program bermula dengan pendaftaran pelajar pada pukul 8 setengah kemudian di teruskan dengan solat fardhu Isyak.Pada jam 10 malam pelajar berkumpul di surau bagi mengisi slot sahsiah diri bersama Ustaz Norismail Bin Sidek merangkap guru disiplin SRI Cahaya Ummi sebelum di jamah kudapan malam dan tidur pada pukul 11 setengah malam.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

16 Julai 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR,PSRA dan UPSRA

Assalamualaikum w.b.t

  Setelah lama kita meniti hari akhirnya kita sudah pun sampai ke penghujung tahun tanpa kita sedari,namun masa yang berlalu tidak boleh di kembalikan semula kerana itu semua ketentuan Allah sejak azali lagi.

  Justeru itu pada 4,5,11,12 dan 13 Julai telah di adakan Peperiksaan percubaan UPSR,UPSRA dan UPSRA yang mana ia bertujuan untuk menguji tahap persedian pelajar bagi menghadapi 3 peperiksaan ini.Keputusan peperiksan percubaan ini akan di masukkan ke dalam sistem untuk semakan pihak kementerian.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

08 Julai 2011

Hebahan 'SOUQ ALHADHARI'(Hari Usahawan)

Gambar Hiasan
Assalamualaikum w.b.t

     Moga-moga Allah sentiasa memayungi kita dengan payung 'Rahmat'NYA sehingga ke Syurga,Amin.Saatnya sudah tiba iaitu pada tarikh 10 Julai ini akan diadakan 'SOUQ AL-HADHARI' iaitu Hari Usahawan yang akan berlangsung di perkarangan SRI Cahaya Ummi.

   Sehubungan dengan itu pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan/puan/en/cik bersama keluaga ke program tersebut bagi memeriahkan lagi suasana.Terdapat pelbagai aktiviti menarik,antaranya pertandingan nasyid,gerai-gerai jualan dan banyak lagi.


Gambar Hiasan
Kehadiran pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.Sekian.Wassalam.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Julai 2011

The Making Of Hari Usahawan '11

Assalamualaikum w.b.t

   Ucapan syukur yang tidak terhingga di panjatkan keatas Allah s.w.t atas nikmat iman dan islam serta nikmat pinjamannya di muka bumi ini.Membilang hari yang mendatang, sekolah kita sedang sibuk dengan persedian bagi menghadapi hari yang 'besar' itu.Antaranya ialah mesyuarat bersiri dari kalangan ajk-ajk program serta latihan nasyid sekolah.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

17 Jun 2011

Perjumpaan Ibu Bapa (PKSR 1) '11

Assalamualaikum w.b.t

 Tanggal 17 Jun 2011 bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya hari di mana ibu bapa akan di perlihatkan oleh guru-guru akan keputusan akademik dan agama bagi anak masing-masing.Bukan itu sahaja,ibu bapa juga boleh berbincang dengan dengan guru-guru tentang masalah-masalah yang di hadapi oleh anak-anak mereka dan merangka pelan untuk memperbaiki sebarang kemusykilan yang timbul.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

15 Jun 2011

Projek Menambah Bangunan Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

 Setelah hampir 6 tahun Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi mendidik anak-anak bangsa dari segenap segi dari akademik sehinggalah agama termasuk adab-adab di dalam Islam,akhirnya sekolah ini di dalam proses untuk menambah bilangan bilik darjah bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

 Sehubungan dengan itu tiada projek ini akan berjalan dengan bantuan RABBUL I'ZZATI serta melalui sokongan pihak ibu bapa dan para pihak pengurusan sekolah.Justeru itu pihak sekolah membuka peluang untuk para muslimin sekalian untuk terlibat di dalam 'saham' akhirat ini dengan menginfak bantuan kewangan bagi menjayakan projek yang murni ini.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

14 Jun 2011

Makluman perjumpaan Ibu Bapa

Asssalamualaikum w.b.t

Gambar Hiasan


  Sukacita dimaklumkan pada 17 Jun 2011 bersamaan hari Jumaat akan diadakan perjumpaan ibu bapa yang bertempat di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

 Perjumpaan ini rentetan daripada hasil peperiksaan PKSR 1 yang berlangsung dari 20 Mei hingga 27 Mei 2011 dari jam 2 petang sehingga pukul 4 petang.Pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat memberi kerjasama dengan menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini bagi mengetahui sama ada pelajaran anak-anak mereka meningkat atau sebaliknya.

 Berikut merupakan persiapan guru-guru menghadapi hari tersebut:








 Terima kasih atas kerjasama kalian,harap maklum.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

08 Jun 2011

Kelas Intensif Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

  Cuti sekolah sedang meniti saat untuk berakhir,tetapi Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi tidak akan membiarkan para pelajarnya membuang masa cuti mereka dengan perkara atau aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

  Justeru itu sekolah dibuka selama 10 hari dari pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari.Polisi kali ini tidak memaksa pelajar untuk hadir ke kelas intensif,kerana ia diadakan bagi pelajar-pelajar yang 'berkelapangan' sahaja.Namun begitu kehadiran ke kelas intensif ini boleh dikatakan pada tahap memuaskan.Kelas pula diadakan mengikut guru-guru yang bertugas mengikut giliran mingguan.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

29 Mei 2011

Tamatnya PKSR 1 & Selamat Bercuti Kepada Keluarga Besar CUIS

Assalamualaikum w.b.t

 Setelah memerah keringat di dalam pertempuran di medan jihad PKSR 1 dari 20 Mei sehingga 27 Mei 2011 akhirnya dengan rahmat Allah seluruh angkatan 'perang' CUIS beserta 'General'(guru) mereka akan diberi cuti selama 14 hari mulai 28 Mei sehingga 12 Jun.Pihak sekolah berharap agar semua ahli keluarga besar CUIS bercuti dengan selamat,jaga kesihatan dan yang paling penting hendaklah tidak meninggalkan amalan-amalan wajib serta banyakkan amalan-amalan sunat.Justeru itu sekali lagi pihak SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI mengucapkan selamat bercuti kepada anda semua(jangan lupa baca buku):))
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

22 Mei 2011

Sambutan Hari Guru CUIS '11

Assalamualaikum w.b.t

  Tanggal 16 Mei 2011 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1432H telah berlangsungnya hari yang bersejarah bagi semua guru-guru serta anak didik CUIS.Bermula pagi tersebut  dengan nyanyian lagu-lagu rasmi CUIS serta bacaan doa oleh Al-fadhil Ustz Hakimi B Salleh.majlis diteruskan dengan ucapan wakil YDP PIBG sekolah serta Guru Besar CUIS Puan Ummi Norliza Bt Hj Ahmad.

 Majlis berhenti seketika bagi memberi peluang kepada hadirin untuk menjamah santapan pagi sebelum ia dimulakan setengah jam kemudian dengan persembahan daripada pelajar-pelajar CUIS sendiri.Kemudian paling menarik perhatian para hadirin ialah persembahan sketsa daripada guru-guru CUIS sendiri yang sangat menghiburkan.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

14 Mei 2011

Organisasi Pustakawan Sekolah

PENAUNG
Puan Ummi Noorliza Bt Ahmad


GPK HAL EHWAL PELAJAR
Puan Wan Suhada Bt Wan Rashidi



GURU PUSTAKAWAN

Cikgu Mardhia Bt Jahari


PENGERUSI
Syahmi Hafizuddin B Murad


 NAIB PENGERUSI
Nur Imanina Nabilah Bt Muhammad Ridhuan Rajendran



SETIAUSAHA
Hidayatul Farhana Bt Hamid



BENDAHARI
Nurnaqueisha Balqis Bt Mohd Zafir



AJK PELAKSANA(PUSTAKAWAN)

Khairul Anwar B Zambrishah



Wan Akmal Hakim B Amran


Nur Aishah Bt Hashim


Amir B Muhd Nordin



Muhammad Al-Fateh B Muhammad Hasnil



Nur Ili Aqilah Bt Zaaba




Nur Jihan Izni Bt Zulkifli



Nurul Anissha Bt Mohd Idros



Muhammad Syawal B Zulkifli



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

12 Mei 2011

The Making of Hari Guru '11

Assalamualaikum w.b.t

 Hari guru bakal menjelang tidak lama lagi,para guru serta pelajar-pelajar bertungkus lumus untuk menjayakan hari yang bahagia itu,saksikan gelagat mereka :


















Sebelum itu mari kita sama-sama doakan agar perjalanan program kita berjalan dengan lancar,amin:))
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...