Ikuti kami di Facebook

06 Januari 2012

Nostalgia Hari Anugerah 2011

Assalamualaikum w.b.t



Majlis Hari Anugerah 2011 telah dilaksanakan pada 19 November di Dewan Seri Delima. Majlis ini melibatkan para pelajar, ibubapa, penjaga, alumni SRICU dan para guru. Majlis ini merupakan anjuran pihak sekolah SRICU dengan kerjasama para pelajar, ibubapa dan semua guru .
Tepat jam 8 malam perarakan masuk VIP, pelajar-pelajar graduasi dan guru-guru ke dalam dewan. Majlis telah dirasmikan pada jam 8.30 malam diikuti bacaan doa pembukaan oleh Ustaz Sainul Bahri dan penyampaian sijil tamat sekolah tahun 6. 


Ustaz Sainul bersedia untuk membacakan doa









Kemudian, semua pelajar dan guru berdiri menyanyikan 3 lagu wajib SRICU dengan bersemangat; Negaraku, Jalur Gemilang dan Demi Matahari.

Nyanyian lagu

Acara diteruskan dengan ucapan Ketua Pelajar, Aliff Saifuddin dan penyerahan tag Ketua Pelajar kepada Ketua Pelajar yang baru iaitu Nur Naqueisha Balqis.

Ucapan Ketua Pelajar


Seterusnya, ucapan daripada Guru Besar SRICU, Puan Ummi Noorliza Binti Hj Ahmad disampaikan dengan penuh kasih sayang. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian daripada wakil ESQ, En. Razif.


Guru Besar Pn Ummi Noorliza


Majlis dihangatkan dengan pelbagai persembahan daripada para pelajar Tahap 1 dan Tahap 2. Antara acara yang dipersembahkan ialah, Hafazan , choral speaking, dikir barat, pidato daripada ‘Ustazah Pilihan SRICU’ dan nasyid. Persembahan diselangseli dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar. Penyampaian hadiah diakhiri dengan pengumuman ustazah pilihan dan Tokoh Pelajar Terbaik iaitu Aishah Aziz yang mendapat keputusan 17A.  Majlis diakhiri dengan meriah pada jam 11.45 malam.
Antara beberapa gambar yang sempat kami rakamkan :



Persembahan pelajar-pelajar:








Banner Hari Anugerah









Belakang pentas

Dikir barat
 Sudah pastinya setinggi-tinggi tahniah buat adik Nur Aisyah Bt Abd Aziz yang merangkul anugerah Tokoh Pelajar Terbaik kerana kecemerlangan beliau menggenggam 19A di dalam 3 peperiksaan yang diambil


Tahniah! Tokoh Pelajar Terbaik

Akhir kata Hari Anugerah 2011 dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Suasana yang meriah menyelubungi dewan membuatkan admin agak terkilan kerana tidak kesempatan untuk menghadirinya. Sekali lagi tahniah kepada semua guru-guru, murid-murid serta ahli jawatankuasa dan tidak lupa juga kepada ibu bapa yang hadir bagi menjayakan hari yang indah ini. Moga tahun ini kecemerlangan anak-anak kita dapat diteruskan insyaAllah.Sekian, wassalam.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...