Ikuti kami di Facebook

17 Januari 2012

Minggu Suaikenal 2012




Assalamualaikum w.b.t
Sekolah diseluruh Malaysia telah di buka secara rasmi
pada 4 Januari 2012

     Dari 4 sehingga 6 Januari 2012(Rabu sehingga Jumaat) Sekolah Rendah Cahaya Ummi telah mengadakan Program suaikenal. Program ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada murid-murid terutama pelajar baru serta adik-adik tahun 1 tentang perjalanan sekolah serta peraturan-peraturan sekolah.

     Program ini dijalankan secara santai bagi mengelakkan anak-anak tidak terkejut dengan suasana sekolah. Antara pengisiannya ialah taklimat disiplin, bengkel solat serta motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Norismail Sidek.

Kami lampirkan sekali beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan:





Mak Nor masih kuat untuk berkhidmat

Semangat!

Pelajar tahun 5 2012

Tahun 1 seramai 32 orang

Taklimat daripada guru kelas


Pihak pengurusan sekolah bersarapan


Pelajar mengundi pimpinan kelas

Pelajar-pelajar berkumpul di surau



Taklimat Disiplin

Senaman regangan

Ceramah motivasi disampaikan oleh guru kaunseling Ustaz Norismail Sidek :











Secara keseluruhannya minggu suaikenal ini telah dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada guru-guru serta pelajar-pelajar yang telah menjayakan program ini. Tahniah.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...