Ikuti kami di Facebook

26 Oktober 2011

Perasaan dan Harapan


Assalamualaikum w.b.t
Segala puji diucapkan kepada Tuhan sekalian alam
selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
moga-moga mendapat syafaat daripadanya kelak
amin..
Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud "Tuntutlah ilmu dari buayan sehingga ke liang lahad". Ia selaras dengan firman Allah di dalam Alquran surah al-A'laq yang menuntut kita membaca(mencari ilmu). Ilmu itu bukan terhenti sekadar di kertas atau di sijil-sijil atau terhenti pada UPSR, SPM, Ijazah dan PhD, tetapi ilmu itu berjalan seiring dengan umur kita yang masih berbaki ini.

Pada 'entry' kali ini admin akan mengutarakan perasaan anak-anak CUIS yang bakal meninggalkan alam persekolahan kanak-kanak mereka bagi meneruskan perjuangan ke alam remaja kelak.




Nama :Wan Adam Fitri Bin Wan Mohd Farred
Kelas : 6 Zaid
Alamat : Taman Selayang Mulia
"Perasaan saya selepas melalui 3 peperiksaan besar(UPSR, PSRA dan UPSRA) ialah lega dan gembira. Dalam masa yang sama saya juga takut dan seronok tapi agak boring. Saya berharap agar keputusan saya untuk UPSR adalah 5A, PSRA Mumtaz dan UPSRA mungkin 7 atau 9A. Banya sekolah pilihan saya antaranya Sekolah Imtiaz, MRSM Ulul Albab, Sekolah Agama Menengah Bestari, Sekolah Agama Menengah Rawang dan banyak lagi. Akhir kata saya berharap agar semua cita-cita saya akan tercapai dan berjaya dunia dan akhirat serta 'happy' dan 'best'."







Nama :Hafizan Bin Abdullah
Kelas : 6 Muaz
Alamat : Taman Batu Permai
"Saya berasa gembira selepas melalui 3 peperiksaan besar iaitu UPSR, PPSRA dan UPSRA. Saya berharap agar dapat 5A dalam UPSR, Mumtaz untuk PSRA dan 7A 2B bagi UPSRA dan saya juga bercita-cita untuk menuntut di Sekolah Maxwell."







Nama :Amir Muzzahid Bin Mustamam
Kelas :6 Zaid
Alamat: Taman Mastiara

"Perasaan saya ialah gembira setelah melalui peperiksaan. Saya juga berharap agar peroleh 4A untuk UPSR, 6A untuk UPSRA dan juga Jayyid Jiddan untuk peperiksaan PSRA. Saya juga bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah. Akhir kalam saya harap agar diredhai Allah dan dapat memasuki Syurga bersama Rasulullah s.a.w."











Nama :Muhammad Erfan Bin Abd Hamid
Kelas : 6 Muaz
Alamat : PPR Batu Muda
"Perasaan saya selepas mengharungi peperiksaan adalah rasa gembira dan merdeka. Saya juga berdoa agar saya mendapat 5A untuk UPSR, Mumtaz untuk PSRA dan juga 9A bagi UPSRA. Saya juga berharap agar dapat masuk ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Tahfiz dan juga MRSM. Akhir kata saya berharap agar dapat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sukan Bukit Jalil."









Nama: Nur Aisyah Bt Abdul Aziz
Kelas :6 Zaid
Alamat: Kg Bendahara
"Perasaan saya selepas habis tiga peperiksaan besar iaitu UPSR, PSRA dan UPSRA ialah lega dan bebas. Harapan saya agar dapat keputusan yang cemerlang iaitu 5A untuk UPSR, Mumtaz untuk PSRA dan 9A bagi peperiksaan UPSRA. Dalam pada itu saya juga berharap agar dapat melanjutkan pelajaran di MRSM Gemencih. Akhir kata saya berdoa agar semua harapan saya diperkenankan Allah."









Nama :Kholis Izzati Bt Mohd Rosli
Kelas :6 Zaid
Alamat: Taman Batu Permai
"Perasaan saya setelah melalui 3 peperiksaan besar ialah 'freedom' dan 'best'. Dalam pada itu saya berdoa agar memperolehi keputusan yang cemerlang iaitu 5A untuk UPSR, 8A untuk UPSRA serta Mumtaz untuk PSRA. Saya amat berharap untuk menuntut di Maktab Mahmud dan juga Sekolah Imtiaz. Akhir kata saya berdoa agar Allah membantu saya menghadapi segala ujian, memaqbulkan doa saya dan menguatkan iman saya di sekolah baru nanti. Saya juga berharapa agar guru-guru mendoakan saya berjaya di dunia dan di akhirat serta halalkan ilmu yang telah diajar."











Nama :Aliff Saifuddin Bin Salehuddin
Kelas :6 Zaid
Alamat: Metro Prima, Kepong
"Saya berasa lega setelah melalui peperiksaan besar iaitu UPSR, PSRA dan juga UPSRA kerana saya telah melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Saya berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan iaitu 5A atau 4A bagi UPSR, 7A untuk UPSRA serta Mumtaz unutk PSRA. Dalam pada itu saya berdoa agar dapat melanjutkan pelajaran di Maktab Mahmud Alor Setar. Kesimpulannya disini saya berdoa agar dapat memasuki sekolah dan mendapat keputusan yang hebat."












Nama :Nur Izzah Mohd Zain
Kelas :6 Zaid
Alamat:Kg Batu Muda Tambahan
"Perasaan saya selepas melalui peperiksaan UPSR, PSRA dan UPSRA ialah 'best', 'boring', bingung dan marah. Dalam pada itu saya juga mendoakan agar mencapai 5A dalam UPSR, 9A dalam UPSRA dan Mumtaz bagi peperiksaan PSRA. Saya sangat berharap agar terpilih untuk masuk ke Maktab Mahmud selain Sekolah Agama Menengah Rawang serta Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi. Akhir kata saya berharap agar Allah akan memaqbulkan doa saya untuk menjadi insan yang sentiasa tawadhu' dan cemerlang dunia & akhirat. Walaupun saya tidak mendapat keputusan yang cemerlang, saya berdoa agar, menjadi anak taat dan insan yang mempunyai akhlak serta peribadi yang 'MANTOP'."








Nama :Wan Akmal Hakim Bin Amran
Kelas : 6 Zaid
Alamat: Kg Sri Delima
"Perasaan saya selepas melalui ketiga-tiga peperiksaan ialah lega sebab telah melaluinya dengan selamat alhamdulillah. Harapan saya agar dapat cemerlang dalam ketiga-tiga peperiksaan. Saya harap dapat menuntut di Sekolah Berasrama Penuh(SBP) jika diizikan Allah serta saya akan memilih untuk memasuki Maktab Mahmud Alor Setar jika diberi peluang. Akhir kata saya berharap agar dapat menuntut di sekolah yang bagus untuk mengharungi liku-liku hidup remaja yang ada."















Nama : Abit Arafat Bin Abidulla
Kelas : 6 Muaz
Alamat : Kampung Sri Batu Muda
"Perasaan saya setelah melalui peperiksaan UPSR, PSRA dan UPSRA. Saya juga mendoakan agar dapat keputusan terbaik dan bagus serta berjaya di dunia dan akhirat. Akhir kata harapan saya agar dapat memasuki Sekolah al-Amin dan Adni."














Nama : Hidayatul Hazuani Bt Hamid
Kelas : 6 Zaid
Alamat : Taman Sri Selayang

"Perasaan saya selepas tamat 3 peperiksaan besar ini adalah sungguh lega. Tak sabar rasanya memasuki sekolah menengah . Apa yang saya harpkan tentang keputusan saya selepas berusaha adalah 5A(UPSR), Mumtaz(PSRA) dan 8A 1B(UPSRA). Saya berdoa serta berharap agar memasuki MRSM Gemencih. Akhir kalam moga-moga allah mengizinkan saya dengan semua hajat yang diminta serta perolehi berkat Ibubapa agar hajat saya diperkenankan."





Amin..moga-moga apa yang didoakan oleh cahaya mata CUIS ini mendapat perkenan daripada Allah s.w.t. Walaupun kita tidak cemerlang tetapi beringatlah akhlak serta sahsiah diri serta redha Allah itu amatlah penting bagi mencapai martabat yang tinggi disisinya. Kami warga CUIS akan sentiasa merindui kalian sebaik sahaja anda semua keluar membawa haluan masing-masing. Jangan lupakan kami disini dan rajin-rajinlah jenguk kami bila berkelapangan.

Sekian,wassalam





..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

2 ulasan:

norinaomar berkata...

Rindunya kat bekas anak-anak murid saya..Kholis,Erfan.Hafizan,Akmal,Izzah..moga terus berjaya dunia akhirat Insya Allah

CUIS berkata...

gambar aliff best!!hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...