Ikuti kami di Facebook

07 Ogos 2011

Souq Al-Hadhari(10 Julai '11)




Assalamualaikum w.b.t

Sebelum kami memulakan pena tulisan untuk 'post' kali ini pihak pentadbir blog memohon maaf atas kelewatan mengutarakan 'post' ini,segala kesulitan amat di kesali.

Seperti kita sedia maklum pada 10 Julai 2011 bersamaan hari Ahad telah di adakan 'Souq Al-Hadhari' atau nama lainnya 'Hari Usahawan'.

 Hari ini berlangsung seawal jam 8 pagi sehingga lah ke jam 3 petang.Sambutan yang diterima amatlah menggalakkan bahkan bukan orang Melayu Islam sahaja yang hadir tetapi mereka yang berbangsa India dan Cina juga turut sama-sama menjayakan program ini.




 Tanpa bercerita panjang kami sertakan disini foto-foto yang menggambarkan karnival kali ini:






Dj Latifah(kak atie) penyeri majlis











Tetamu kehormat yang hadir

En. Zambrisyah mengendalikan PA system dengan jayanya






Pelbagai gerai jualan daripada kalangan pelajar sendiri




 Pertandingan Nasyid antara sekolah-sekolah

Terima kasih kepada kumpulan Hijjaz yang sudi meluangkan masa bersama kami

   Akhir kata,setiap kali program akan wujud  beberapa kekurangan,tetapi untuk program kali ini pihak kami dengan kerjasama,guru-guru,pihak pengurusan sekolah serta murid-murid telah bertungkus lumus bagi mengurangkan cacat cela ini,terima kasih atas sokongan anda termasuk mereka yang hadir memeriahkan program ini,sekian 'entry' kami buat masa ini.Wassalam.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...