Ikuti kami di Facebook

14 Ogos 2011

Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat 2011

Assalamualaikum w.b.t

 Ramadhan Karim!!Selawat serta salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w serta ahli keluarga dan para sahabat.Sedar tak sedar kita telah menjangkau ke fasa yang ke-2 iaitu 'Fasa Pengampunan' yang mana Allah membuka langit untuk mendengar taubat hamba-hambanya yang berdosa.

 Sehubungan dengan itu 'entry' kali ini ingin kami paparkan perjalanan program berbuka puasa dan solat hajat bagi memohon ke hadrat Ilahi kejayaan anak-anak dalam peperiksaan besar terutamanya UPSR,PSRA,UPSRA dan UPKK.
 Program ini di jalankan pada 13 Ogos bersamaan hari Sabtu 13 Ramadhan.Ia di mulakan dengan bacaan Surah Yaasin serta zikir munajat sementara menunggu waktu berbuka.Selepas itu di laksanakan solat hajat,tarawih serta tazkirah ringkas dari Al-Fadhil Ustaz Azizul dan program ini di akhiri dengan moreh.

 Disini kami paparkan foto-foto yang sempat di rakam :



Pelajar2 dan Ibu Bapa datang seawal 6 petang





Persiapan Berbuka 




Bacaan Surah Yaasin serta doa





Suasana berbuka puasa




 Solat Maghrib,Isyak dan Tarawikh berjemaah



Para Hadirin khusyuk mendengar Tazkirah Ustaz Azizul


Guru-guru bergotong-royong membasuh bekas-bekas makanan

 Akhir kalam pihak kami amat berterima kasih dengan sokongan pihak Ibu Bapa yang hadir pada majlis ini.Ayuh sama-sama kita berdoa agar kejayaan anak-anak kita bukan hanya sekadar akademik tetami dari segi sahsiah dan tauhid mereka,amin.Sekian wassalam.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...