5A(UPSR)Mumtaz(PSRA) |
Ramadhan Karim!!Walaupun hanya tinggal 10 malam lagi,sama-sama kita mengejar dengan pecutan terakhir ini dengan jayanya InsyaAllah.
Setelah melalui 4 siri dan pada siri yang ke-5 merupakan siri penutup bagi program Kuarantin Tahun 6 untuk tahun yang pertama ia diadakan.Pelbagai kenangan yang manis yang semestinya tidak boleh di lupakan oleh warga tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi 2011 ketika di'kuarantin'kan.
Pada siri terakhir ini terdapat keistimewaan iaitu para Ibu Bapa pelajar yang terlibat di jemput bagi memeriahkan Majlis Iftar Jami'e di Tadika Cahaya Ummi.Kemudian majlis di susuli oleh Solat Tarawikh secara berjemaah serta akhir sekali di isi dengan taklimat dan ucapan daripada Guru Besar CUIS Puan Ummi Noorliza Bt Hj Ahmad.
Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan wakil-wakil pelajar dan wakil Ibu Bapa dan majlis di akhiri dengan moreh yang disediakan oleh pihak sekolah serta makanan yang dibawa oleh Ibu Bapa.Kemudian para pelajar menyambung sesi kuarantin mereka buat kali yang terakhir sehingga jam 3 setengah petang pada keesokan harinya.
Disini kami sertakan beberapa foto yang sempat di rakam :
Wajah-wajah ketika Majlis Iftar Jami'e di TCU
Taklimat dari Ummi tentang sekolah-sekolah yang bakal menjadi destinasi anak-anak CUIS
Ucapan wakil anak-anak CUIS
Ucapan wakil Ibu Bapa bagi memberi semangat kepada pejuang-pejuang CUIS
Tenaga pengajar sama-sama turun padang bagi membantu pelajar menjawab soalan-soalan yang di beri
Wakil PIBG juga hadir memberi tunjuk ajar dan semangat kepada mereka
Akhir kalam,sama-samalah kita bermunajat kepada Allah A'zzawajalla agar dipermudahkan jalan-jalan hambanya yang inginkan kejayaan di dunia dan akhirat kelak,amin.Sekian.Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan