Ikuti kami di Facebook

12 Mei 2011

Makluman sambutan 'Hari Guru' peringkat sekolah

Assalamualaikum w.b.t

   Di kesempatan ini kami ingin memaklumkan kepada semua bahawa pada 16 Mei 2011 bersamaan 12 Jamadil Akhir 1432 iaitu hari Isnin akan diadakan sambutan 'Hari Guru' peringkat sekolah.

 Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan seperti futsal,memasak dan lain-lain.Selain itu yang paling menarik sekali ialah pertandingan mencipta kad hari guru paling kreatif dikalangan pelajar-pelajar.

 Disamping itu persembahan juga melibatkan pelajar tahun 1 dan 2 serta kumpulan pelajar tahun 3,4 dan 5,6 .Untuk pengetahuan semua persembahan istimewa akan dipersembahkan oleh semua tenaga pengajar CUIS 2011.

  Selain itu diadakan juga penyampaian anugerah-anugerah khas bagi guru-guru di CUIS,antaranya 'guru paling garang' , 'guru paling comel' dan lain-lain.Akhir bicara mari sama-sama kita berdoa agar perjalanan program kita ini diberkati dan dipayungi oleh Allah A'zzawajalla,amin,InsyaAllah.:))

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...