Ikuti kami di Facebook

05 Mei 2011

Kelas Malam UPSR,PSRA,UPSRA(Year 6) dan UPKK(Year 5) '11

Assalamualaikum w.b.t

  Salam pertemuan kita kembali dalam meneruskan perjuangan jihad menegakkan keimanan melalui tuntutan Islam iaitu menuntut ilmu.

  Bagi mempertingkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan yang besar iaitu UPSR,PSRA,UPSRA dan UPKK bagi pelajar darjah 5.

 Kelas malam ini bukanlah untuk menghabiskan silibus pelajaran tetapi ia bertujuan untuk memberi kemantapan pelajar-pelajar dalam menguasai pelajaran-pelajaran yang dipelajarinya di waktu sekolah.Bentuk serta teknik yang diterapkan pada kelas malam ialah mereka diberikan kumpulan-kumpulan mengikut tahap prestasi pelajar-pelajar dalam pelajaran mereka,jadi guru-guru boleh tumpukan kepada pelajar serta menerapkan teknik One to One  yang mana pelajar mereka yang lemah boleh diajarkan oleh guru secara lebih dekat dan mudah difahami berbanding ketika mereka di waktu persekolahan.

Berikut adalah foto yang  sempat kami rakamkan:




Sepintas lalu suasana kelas malam

Kelas ini diadakan dari jam 8 malam sehingga 10 suku,giliran hari  yang dilaksanakan seperti berikut :

  • ISNIN dan RABU kelas UPSR,PSRA,UPSRA(Year 6)
  • SELASA dan KHAMIS kelas UPKK(Year 5)
Akhir kata CUIS akan memastikan bahawa para pelajarnya bukan sahaja cemerlang dari segi SAHSIAH bahkan cemelang dari segi ilmu dunia dan akhirat,InsyALLAH,AMIN.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...