Ikuti kami di Facebook

03 Mei 2011

Hari Kemuncak Sukan CUIS '11

Assalamualaikum w.b.t

 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi bukan sahaja sekolah yang berteraskan akademik dan pengajian Islam semata-mata bahkan kami juga aktif dari segi penglibatan Ko-Kurikulum.

 Baru-baru ini pada 2 April 2011 sekolah telah mengadakan 'Hari Kemuncak Sukan CUIS '11'.Program ini berlangsung bermula dari seawal pukul 7.30 pagi lagi sehingga pukul 2.30 petang.

 Agenda pada hari tersebut adalah seperti berikut :


8.00 am          :  Perhimpunan Pelajar
8.15 am          :  Majlis Perasmian
                          Oleh Yg. Bhg. Kapten(B) 
                           Hj Abd Karim B Gulapdin
8.40 am          :  Acara Perbarisan & 
                          Kawad Masuk Padang
                          Bacaan Ikrar Sukan
9.00 am          :  Acara Sukaneka Tahap 1
                           Acara Olahraga Tahap 2
                           Acara Ibubapa & Guru
11.30 am        :  Penyampaian Hadiah
12.30 pm        :  Makan Tengahari
1.00 pm          :  Bersurai

 Antara acara yang dipertandingkan untuk temasya kali ini ialah :
  1. Baling pundi (Tahap 1&2)
  2. Tarik bola menggunakan gelung (Tahap 1&2)
  3. Isi air dalam botol (Tahap 1&2)
  4. Lari 4x100(tahap 2)
  5. Lari 80meter berpagar(tahap2)
  6. Lari 100meter(tahap1&2)
  7. Lari 200meter (tahap2)
  8. Susun tin (Tahap 1&2)
Selain itu acara bagi kaum Ibubapa dan AJK juga diadakan antaranya:
  1. Tarik tali(Kaum bapa vs AJK)
  2. Serasi bersama(Pasangan suami isteri)
  3. Mencari harta karun(Kaum Ibu)
Disamping itu kami juga mengadakan cabutan bertuah terbuka kepada semua ibubapa dan AJK pelaksana.
 Pasukan Rumah Biru Jupiter menjadi juara keseluruhan dihadapan Rumah Merah Saturn,Rumah Hijau  Uranus dan Rumah Kuning Pluto.Tahniah diucapkan.

Berikut merupakan foto yang kami gambarkan pada hari tersebut :







 Encik Zambrishah selaku DJ pada hari tersebut



 Para AJK terdiri daripada para ibubapa dan remaja












 Juara keseluruhan berpihak kepada 'Rumah Biru Jupiter'






Gotong royong membahagikan makanan tengah hari


Akhir sekali kami mengucapkan sekalung penghargaan kepada pihak sekolah termasuk AJK pelaksana dan murid-murid yang bertungkus lumus secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan temasya ini.Syabas buat kalian.MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...