Ikuti kami di Facebook

20 Ogos 2009

KEM GENERASI AL-QURAN


Kem Generasi Al-Quran telah diadakan pada 31 Julai dan 1-2 Ogos yang lalu bertempat di Kem Rebutia, Sungai Pusu, Gombak.


Pelbagai aktiviti telah dijayakan dengan objektif program untuk memastikan pelajar mendapat input yang berguna dan mengamalkan nilai-nilai hidup sebagaimana gambaran Imam Al-Ghazali tentang generasi harapan.

Peserta kem terdiri dari kalangan pelajar tahap 2 iaitu dari Tahun 4-6 dan segelintir pelajar tahun 3. Pengarah program iaitu Cikgu Siti Zuraidah berpuas hati dengan prestasi pelajar. Guru pengiring yang lain terdiri daripada Cikgu Nurfatin, Ustazah Siti Mariam dan Ustazah Rafiah.

Sesungguhnya input berguna yang boleh diaplikasi bersama ialah penerapan kasih sayang dalam kehidupan seharian bukan hukuman yang berpanjangan. Hakikatnya dalam dunia pendidikan, kita tidak boleh menolak aturan Allah Taala dalam usaha mendidik dan menjadikan seorang insan menjadi manusia yang layak digelar KHALIFAH ALLAH. Realitinya, kasih sayang kunci perpaduan sarwajagat!

Mari menonton gambar Kem Generasi Al-Quran yang telah berlangsung pada 31 Julai- 1,2 Ogos 2009.




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...