Ikuti kami di Facebook

06 Ogos 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 5 & 6

Salam Kasih Sayang!

Pada 17 Julai,telah diadakan satu program khas untuk ibubapa dan pelajar tahun 5 & 6 bersama tenaga pengajar. Majlis telah bermula selepas Isyak dan dipengerusikan oleh Puan Mardiah Hayati. Kedatangan ibubapa amat memberansangkan meskipun tidak disertai 100% pelajar dan ibubapa.

Agenda dimulakan dengan kata-kata aluan khusus buat ibubapa yang sudi melapangkan masa dan hadir ke majlis ini. Seterusnya ucapan penghargaan daripada Guru Besar CUIS- Puan Ummi Noorliza. Acara diteruskan dengan ucapan dan harapan setiap guru tahap 2 iaitu Cik 'Atikah 'Adawiyah -Science, Cik Aniza - Bahasa Melayu, Ustazah Zurakartina -KAFA, Ustazah Husnani- KAFA, Puan Nor Afizah- English dan Puan Mardiah Hayati- Mathematics.


Selepas itu, acara pergulungan sekali lagi oleh puan guru besar. Sesi dibuka kepada ibubapa untuk memberi pandangan dan respon berkenaan anak-anak mereka. Cadangan yang baik telah diterima pada malam itu oleh Puan Noraida-ibu kepada Dinah Muhd.Nordin yakni cadangan untuk menggalakkan pelajar berpuasa sedari sekarang.

Alhamdulillah! Majlis seterusnya ialah majlis "AKU JANJI". Yakni, pelajar perlu berikrar dan menandatangani surat perjanjian untuk berusaha bersungguh-sungguh dan menunaikan harapan dan impian mereka.

Ikrar "Aku Janji" beramai-ramai
Zarifah Yusrah
Sobia Noor
Siti Najihah
Nurul Ai'naa

Muhammad Haziq

Mohd.Faiz Hilmi

Intan Nasuha

Muhammad Fiqri Rusyaidi

Amirah Balqis


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...