Ikuti kami di Facebook

06 Ogos 2009

CUIS@KARNIVAL IKIM



Bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-8 stesen radio IKIM.fm, pelbagai acara menarik disusun khas sempena Karnival "Sehari Bersama IKIM.fm" . Semua acara istimewa ini akan berlangsung pada 8 Ogos 2009 (Sabtu) di Dewan Besar dan perkarangan IKIM bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Karnival "Sehari Bersama IKIM.fm ialah acara untuk seisi keluarga, acara untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, persembahan badut dan Si Kecil Bercerita, sukaneka bersama penggiat seni, Mari Menjawab Kuiz IKIM.fm, demo pemakaian tudung Muslimah, Silat Cak Lempong, marhaban bersama artis, dan acara uji bakat penyampai IKIM.fm


Karnival "Sehari Bersama IKIM.fm" bakal dimeriahkan lagi dengan persembahan secara langsung artis-artis nasyid terkemuka tanahair, seperti kumpulan Rabbani, Hijjaz, UNIC, In-Team, Hafez Hamidun, Raihan, Nazrey Johani dan ramai lagi. Semua acara yang disediakan ini memberi peluang kepada khalayak ramai untuk hadir mengikutinya di Dewan Besar IKIM, Jalan Duta, Kuala Lumpur .

Sedari itu, SRICU dengan berbangganya turut mengambil bahagian membuka tapak untuk mempromosikan seterusnya membuka pendaftaran pengambilan pelajar baru bagi sesi 2010. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan karnival ini.

:pompom:JANGAN LUPA KUNJUNGI KAMI YE!:pompom:

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...