Ikuti kami di Facebook

31 Oktober 2012

Jemputan Untuk Alumni SRICU ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

09 Oktober 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah diadakan pada 14 September 2012 (Jumaat) bersamaan dengan 27 Syawal 1433H. Majlis ini telah diadakan di dataran Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis. Seterusnya, ucapan daripada Guru Besar Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi dan diikuti pula oleh bacaan doa dan tazkirah raya daripada Ustaz Mohamad Hasnil B. Abu Bakar, ahli lembaga SRICU merangkap pengerusi Amal Mabrur.

 

Acara yang ditunggu-tunggu adalah penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan pelajar SRICU dan seterusnya jamuan makan. Majlis ini bertambah meriah dengan kehadiran Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas, ketua UMNO Bahagian Batu, Prof. Dominic Lau Hoe Chai, PGRM dan kehadiran tetamu kira-kira 800 orang. Untuk makluman, majlis ini adalah dengan kerjasama dengan NGO Amal Mabrur.

 
 
  

Lagi gambar-gambar menarik pada Majlis Sambutan Hari Raya 2012, klik disini.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

04 Oktober 2012

MAJLIS PENGISIAN ILMU BERSAMA USTAZ HANAFIAH


Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menganjurkan sebuah  program “ Majlis Pengisian Ilmu” pada hari  Sabtu (22 September 2012) bersamaan 6 Zulkaedah 1433. Majlis Pengisian Ilmu ini diadakan di Surau Ibrahimiah pada pukul 9.30-11.00 pagi. Penceramah jemputan pada bulan ini ialah Ustaz Hanafiah Abdul Malik yang merupakan penceramah jemputan (Tanyalah Ustaz TV9). 

Topik ceramah adalah berkisarkan soal pendidikan anak-anak dan juga keibubapaan. Program ini di anjurkan oleh pihak PIBG Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi yang mana ianya berbentuk penyampaian tazkirah atau ceramah oleh penceramah jemputan. 

Disamping itu, program ini merupakan majlis ilmu bulanan yang dianjurkan oleh pihak PIBG untuk semua warga SRICU dan ahli khairiah setempat. Program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memuaskan dari warga SRICU dan juga warga setempat. 

Disamping untuk mendapat dana dan sumbangan untuk tabung PIBG, objektif program “Majlis Pengisian Ilmu” ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dikalangan warga SRICU dan juga ahli khairiah setempat.


 


 

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Oktober 2012

PROGRAM: UJIAN KELAYAKAN PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2013




Ujian kelayakan pengambilan pelajar untuk sesi 2013 diadakan dalam 2 sesi. Ujian sesi 1 akan diadakan pada 22 September 2012. Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang tidak dapat hadir pada ujian sesi 1, pelajar boleh menduduki ujian pada sesi 2 yang bertarikh 6 Oktober 2012. Ujian ini dilaksanakan untuk pelajar baru bermula daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 yang ingin bersekolah di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi untuk sesi 2013.

Ujian kelayakan ini dijalankan bertujuan menilai potensi dan tahap pembelajaran pelajar sebelum diterima masuk ke Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi. Pelajar baru akan dinilai dari segi kemahiran membaca, menulis, dan mengira yang merangkumi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi dan bacaan Iqra'. Berikut merupakan maklumat ujian kelayakan pengambilan pelajar untuk sesi 2013:

Sesi 1
Tarikh   : 22 September 2012 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi

Sesi 2
Tarikh   : 6 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi

Pihak ibu bapa perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa sesi ujian dilaksanakan:
1) Salinan sijil kelahiran pelajar
2) Salinan kad pengenalan bapa
3) Salinan kad pengenalan ibu
4) Salinan buku imunisasi (bagi pelajar Tahun 1 sesi 2013)
5) Salinan buku rekod kesihatan (bagi pelajar Tahun 2 - Tahun 6 sesi 2013)
6) Gambar berukuran pasport (2 keping)
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

HARI PERTAMA MINGGU PEPERIKSAAN UPSR 2012


Pada 11 September 2012 bersamaan dengan hari Selasa jam 7.30 pagi, pelajar-pelajar telah bersiap sedia untuk berangkat ke Sekolah Kebangsaan Batu Muda bagi menduduki peperiksaan UPSR. Seramai 20 orang calon pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi pada tahun ini akan menghadapi peperiksaan UPSR bagi sesi 2012.

Seawal pagi, pelajar-pelajar digalakkan untuk bangun awal bagi menunaikan sulat sunat tahajjud sebanyak dua rakaat, diikuti dengan solat fardhu Subuh dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Setibanya di sekolah, pelajar-pelajar melakukan solat sunat dhuha di dataran sekolah sebelum berangkat ke dewan peperiksaan sebagai senjata terakhir bagi meraih petunjuk dari Yang Maha Esa.

Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan dari-Nya disamping memperoleh keputusan yang cemerlang.


 


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

SLOT MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6 "DI AMBANG UPSR, KEMANA ARAH TUJU SAYA SELEPAS INI?"

Pada  7 September 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, pihak Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menganjurkan slot motivasi bagi pelajar-pelajar tahun 6 sesi 2012 bersama Ustaz Omar Bin Mohamad selaku mantan Pegawai Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak.

Slot motivasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dan ibu bapa mengenai proses-proses kemasukan ke sekolah menengah. Selain itu, slot motivasi ini juga dapat memberi beberapa panduan penting kepada pelajar sebelum menghadapi peperiksaan UPSR, PSRA, dan UPSRA yang bakal tiba tidak lama lagi.

Di samping itu, pelajar-pelajar juga telah diberi gambaran awal mengenai persediaan ke alam menengah yang akan ditempuhi oleh pelajar dalam tempoh terdekat ini. Program yang telah berlangsung selama tiga jam ini diharapkan dapat memberi banyak manfaat dan panduan kepada pelajar dan ibu bapa khususnya bagi menentukan hala tuju anak-anak mereka selepas berakhirnya minggu peperiksaan.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Sambutan Merdeka CUIS 2012

  

HARI: ISNIN HINGGA JUMAAT

PROGRAM: MINGGU KEMERDEKAAN 2012

Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menganjurkan sambutan kemerdekaan yang melibatkan semua pelajar dan guru-guru. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan negara selaras dengan tuntutan agama. Selain itu, program ini juga bertujuan mendidik para pelajar erti kemerdekaan sebenar iaitu memerdekakan diri daripada nafsu sepanjang bulan Ramadhan lalu.

Oleh yang demikian, antara program yang telah dilaksanakan ialah kuiz, pertandingan mewarna dan keceriaan sempena sambutan kemerdekaan. Program yang dilaksanakan mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru dan pelajar. Minggu kemerdekaan berakhir dengan acara kemuncak yang disambut meriah pada 30 Ogos 2012 bersamaan dengan hari Khamis. Acara tersebut dimulai dengan perhimpunan pelajar, solat dhuha dan pertandingan sajak dan mewarna.

Guru-guru juga tidak menang kalah dengan bertanding dalam aktiviti "Treasure Hunt". Aktiviti ini bertujuan menguji pengetahuan dan ketangkasan guru menjawab soalan-soalan. Adat bertanding pasti ada yang menang dan yang kalah. Kumpulan 1 memenangai pertandingan tersebut yang diketuai oleh penyampai hadiah dan fotografi mengikut kelas. Program dilaksanakan selama seminggu ini diharapkan dapat menanam semangat patriotik dan menambahkan pengetahuan am pelajar dan guru-guru.

 






Banyak lagi gambar-gambar dan juga boleh memuat turunnya dengan klik disini

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...