Ikuti kami di Facebook

26 Oktober 2011

Perasaan dan Harapan


Assalamualaikum w.b.t
Segala puji diucapkan kepada Tuhan sekalian alam
selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
moga-moga mendapat syafaat daripadanya kelak
amin..
Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud "Tuntutlah ilmu dari buayan sehingga ke liang lahad". Ia selaras dengan firman Allah di dalam Alquran surah al-A'laq yang menuntut kita membaca(mencari ilmu). Ilmu itu bukan terhenti sekadar di kertas atau di sijil-sijil atau terhenti pada UPSR, SPM, Ijazah dan PhD, tetapi ilmu itu berjalan seiring dengan umur kita yang masih berbaki ini.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

24 Oktober 2011

Lawatan ke Taman Botani dan Kilang High 5


Assalamualaikum w.b.t
syukur kita tidak terhingga dipanjatkan keatas Allah s.w.t
atas nikmat Iman dan Islam yang tidak terhingga
moga dikekalkan didalamnya
amin..


Tanggal 22 Oktober bersamaan hari Sabtu pelajar tahun 4, 5 dan 6 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Botani Shah Alam dan juga Kilang Roti High 5. Pelajar telah bertolak dari sekolah seawal jam 8 pagi sebelum tiba di Taman Botani terlebih dahulu.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

22 Oktober 2011

Program Lawatan Sambil Belajar '11



Assalamualaikum w.b.t
pada sekian lama kita tidak bertemu
namun Allah telah memanjangkan usia kita untuk kearah itu
sama-sama kita memanjatkan syukur keatas Rabbul Jalil
atas nikmat dipanjangkan umur bagi meneruskan syiar Islam serta ibadah
kepada-Nya InsyaAllah..


Pada hari ini 22 Oktober '11 anak-anak tahun 5 dan 6 akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Taman Botani di Shah Alam seterusnya akan meneruskan lawatan ke Kilang roti High 5. Program lawatan ini bertujuan untuk menghilangkan penat lelah anak-anak yang bermati-matian berjuang di dalam peperiksaan. Moga-moga di permudahkan perjalanan oleh Allah serta mendapat redha darinya.


Sekian dulu,
laporan program akan menyusul
wassalam.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

06 Oktober 2011

Ujian Kelayakan Kemasukan Pelajar Baru 2012



Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)


Assalamualaikum w.b.t
setinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Ilahi
serta selawat dan salam keatas
junjungan besar Rasulullah s.a.w
moga-moga diberi syafaat
di Akhirat kelak
amin..


Gambar Hiasan


Pada Ahad ini iaitu 9 Oktober 2011, Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi akan 'Ujian Kelayakan Pengambilan Pelajar 2012'.Ujian ini akan berlangsung pada jam 9 pagi bertempat di SRICU.

Sehubungan dengan itu kepada Ibubapa yang berminat menghantar anak-anak mereka untuk menuntut di SRICU agar dapat menghantar anak-anak mereka lebih awal bagi memudahkan serta melancarkan perjalanan program.

Alamat serta nombor telefon sekolah boleh di dapatkan di 'sidebar' blog. Kerjasama pihak Ibubapa serta anak-anak kami dahulukan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian,wassalam.








..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

04 Oktober 2011

PSRA berlalu UPSRA menunggu



Assalamualaikum w.b.t
Segala puji di angkat keatas Allah s.w.t
Dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat kita bernafas
didalam roh Islam, moga-moga dirahmati Allah
atas semua nikmat yang diberi
amin...


Pada 26 sehingga 29 September anak-anak tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah berjaya menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama yang merangkumi 6 subjek iaitu Feqah & Tauhid, Sirah & Akhlak, Tajwid & Jawi, Bahasa Arab, Imlak & Khat, Tilawah & Hafazan.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...