Ikuti kami di Facebook

24 Julai 2012

Majlis Rahmat Ramadhan 1433H & mohon sumbangan ikhlas





Assalamualaikum w.b.t

4 Ramadhan 1433 H bersamaan 24 Julai 2012.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi (SRICU) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Nilam (PERKIN) akan mengadakan Program Raikan Rahmat Ramadhan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Hadiah Sumbangan Hari Raya kepada 100 orang yang dikategorikan kepada tiga kelompok utama iaitu anak-anak yatim, mualaf, fakir miskin dan ibu tunggal pada 28 Julai 2012 M / 8 Ramadhan 1433 H di SRICU. Majlis ini untuk sama-sama berkongsi kemuliaan dan keberkatan Ramadhan dengan semua kumpulan sasaran untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini. 






Kami memohon sumbangan dana atau barangan keperluan untuk menjayakan program tersebut. Kepada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang ingin turut serta memeriahkan majlis tersebut serta dapat merasai kasih sayang dari semua makhluk Allah. terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini dialu-alukan. Raikan Ramadhan Dengan 'Meraih Butiran Pahala Dan Mengejar Lambaian Syurga'.

Sumbangan boleh dibuat atas nama PIBG SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI. No.akaun: 1410041000159745 (BSN) atau boleh muat turun borang sumbangan(Klik disini) dan menghantar kepada kami secara pos.  Maklumat lanjut, sila hubungi Puan Noorliza Bt. Ahmad  (012 – 247 3802) Guru Besar @ En. Abd. Rashid  (019 – 208 8775) selaku Pengarah Program.


Berikut adalah tentatif bagi program ini :





SABTU – 28hb Julai 2012 M / 8 Ramadhan 1433 H

05.00 ptg    :   Pendaftaran
                        Ketibaan tetamu diraikan
                       Ketibaan Tetamu jemputan
                        Tayangan Slide “ Rahmat Ramadhan”

05.30 pg     :   Bacaan Al-Quran
                       
05.40 pg     :   Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
                          Ucapan Aluan Guru Besar SRICU
                          Ucapan Aluan Yang Dipertua PIBG

06.00 pg     :   Penyampaian Bantuan Sumbangan Hari Raya
                        -Penderma/tetamu jemputan
06.40 pg     :   Tazkirah Ramadhan
                       
7.29 mlm    :   Berbuka puasa

07.40 mlm  :   Solat Maghrib
                        Jamuan Makan
08. 42 mlm:    Solat Isyak
                         Solat Terawih
                        Tazkirah oleh Ybhg Ustaz Hasnil Bin Abu Bakar
                         More’
10.00 mlm  :   Bersurai



Akhir kata pihak kami amat mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat sekalian terutamanya Alumni(Guru, pelajar dan kakitangan) untuk sama-sama memeriahkan majlis ini. Moga sumbangan serta kehadiran kalian di Rahmat serta maghfirah Allah A'zza Wajalla. Amin.




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

2 ulasan:

norinaomar berkata...

Ada akaun maybank tak?

Norina
chickenwing_08@yahoo.com

CUIS berkata...

boleh bank in dalam akaun yang tertera atau print borang yg disediakan. Jazakallah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...