Ikuti kami di Facebook

17 Jun 2011

Perjumpaan Ibu Bapa (PKSR 1) '11

Assalamualaikum w.b.t

 Tanggal 17 Jun 2011 bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya hari di mana ibu bapa akan di perlihatkan oleh guru-guru akan keputusan akademik dan agama bagi anak masing-masing.Bukan itu sahaja,ibu bapa juga boleh berbincang dengan dengan guru-guru tentang masalah-masalah yang di hadapi oleh anak-anak mereka dan merangka pelan untuk memperbaiki sebarang kemusykilan yang timbul.



 Perjumpaan ini berlangsung dari pukul 2 petang sehingga pukul 5 petang.Selain itu ibu dan bapa di agihkan kertas pemohonan sumbangan berkenaan projek naik taraf bangunan sekolah yang sedang giat berlangsung.Disini Ustaz Hakimi sempat merakamkan lensa kami di beberapa buah kelas:

















   Pelbagai reaksi ibu bapa tentang keputusan anak-anak mereka namun perlu diingatkan bahawa bagi anak-anak yang agak lemah dari segi pembelajaran tidak semestinya mereka lemah dari segi sahsiah.Tahniah bagi pelajar yang cemerlang dan tingkatkan usaha bagi mereka yang kurang berjaya,kami sentiasa doakan kejayaan kalian moga kita sentiasa dibawah naungan rahmat ALLAH ..amin~~

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

2 ulasan:

Siti Khadijah berkata...

Tahniah kpd pihak cuis atas usaha mengadakan perjumpaan ibu bapa bg keputusan pksr 1. mungkin apa yg hendak sy tuliskan ini mungkin boleh dijadikan sebagai sesuatu yg membina. berkaitan pengendalian murid2 semasa proses perbincangan ibu bapa bersama guru. Alangkah manisnya sekiranya semasa proses itu berlaku anak2 diberikan kerja bertulis yang sekali gus dapat mengawal pergerakan mereka daripada mengganggu perbincangan. Pandangan sy sebagai seorang ibu dan guru juga adalah sesuatu yang gagal apabila kawalan murid tidak dapat dilakukan, tidak kiralah waktu p&p atau majlis seumpama ini.Jadi pada masa akan datang, diharapkan pihak sekolah dapat melakukan sesuatu agar gambaran positif terhadap sekolah ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan.terima kasih. Cahaya Ummi adalah yang terbaik...

CUIS berkata...

Terima kasih atas komen membina puan,kami akan memperbaikinya untuk siri perjumpaan ibu bapa pada masa kan dtg,terima kasih sekali lagi atas sokongan anda,hanya Allah mampu membalasnya,syukran

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...