Ikuti kami di Facebook

08 Jun 2011

Kelas Intensif Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

  Cuti sekolah sedang meniti saat untuk berakhir,tetapi Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi tidak akan membiarkan para pelajarnya membuang masa cuti mereka dengan perkara atau aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

  Justeru itu sekolah dibuka selama 10 hari dari pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari.Polisi kali ini tidak memaksa pelajar untuk hadir ke kelas intensif,kerana ia diadakan bagi pelajar-pelajar yang 'berkelapangan' sahaja.Namun begitu kehadiran ke kelas intensif ini boleh dikatakan pada tahap memuaskan.Kelas pula diadakan mengikut guru-guru yang bertugas mengikut giliran mingguan.



Kamera kami sempat merakam kelas intensif untuk minggu ke-2 sahaja:













Diucapkan tahniah kepada pelajar yang hadir kerana mereka menunjukkan semangat untuk terus memantapkan ilmu ketika rakan mereka dilamun cuti yang panjang,tahniah sekali lagi.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...