Ikuti kami di Facebook

07 April 2010

TEMASYA SUKAN 2010



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA

Temasya sukan tiba lagi. Dan bulan ini adalah bulan yang disukai oleh anak-anak pelajar. Pada bulan ini dan kini sudah pun bermula iaitu Minggu Latihan Sukan. Pada 3 minggu ini, pelajar dibenarkan memakai pakaian sukan. Mereka telah diberi jadual bagi mengikuti latihan-latihan sukan yang bakal dipertandingkan pada temasya nanti.

Rumah manakah yang bakal menjulang sebagai juara? Khemah pasukan manakah yang tercantik? Perbarisan pasukan manakah yang terbaik? Semuanya akan dinilai pada Temasya nanti yang akan berlangsung pada Sabtu, 24 April 2010.

Kad jemputan akan diedarkan. Dan peringatan kepada semua ibubapa agar mendaftarkan diri dahulu sewaktu hari kejadian dan mengambil kupon untuk makanan tengahari.

Berikut ialah tentatif bagi Temasya yang dinanti-nantikan.

7.15 pagi: Pendaftaran ibubapa dan pembahagian kupon makanan
7.30 pagi: Murid berkumpul di Padang Permainan
Kg Batu Muda Tambahan
7.45 pagi: Ketibaan jemputan
8.00 pagi: Perbarisan masuk para kontinjen
8.30 pagi: Bacaan doa dan perasmian
8.45 pagi: Acara sukan bermula

Baling Pundi T1 & T2
Lari 100m (L) T2
Lari 100m (P) T2
Tarik bola dengan gelung T1
Lari 100m berpagar (L) T2
Lari 100m berpagar (P) T2
Susun Tin T1 & T2
Lari Dalam Guni T1 & T2
Lari 200m (L) T2
Lari 200m (P) T2
Pecah Belon T1
Lari 4x50m (L/P) T1
Lari 50m (L) T1
Lari 50m (P) T1
Acara ibubapa & guru

11.45 pagi: Penyampaian hadiah
12.20 t/hari: Penutup & bacaan tasbih kaffarah


Semoga persaingan yang wujud di antara empat-empat buah rumah pasukan ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar. Teruskan usaha kepada Nilam, Delima, Zamrud dan Berlian!






..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

6 ulasan:

Aiman Mazlan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ustaz Mohamad berkata...

Assalamualaikum...

hhmm... semoga sukan tahunan pada kali ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik sekali...
insyaAllah....

p/s: ZAmruD The Best (^_^)

Aiman Mazlan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Aiman Mazlan berkata...

Assalamualaikum..

Ustaz pakai Google Akaun Ke tak?

Aiman Mazlan berkata...

Assalamualaikum..

hmmm. Termasya Sukan Tiba Lagi.
Setahun Sekali..
Jangan Mengalah
Jangan Putus Asa
Fokes
Saya Hari2 Cakap:

"WE DO THE BEST LET ALLAH DO THE REST"

+

"KEEP MOVING FORWARD"

Aiman Mazlan berkata...

mestilah pakai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...