Ikuti kami di Facebook

22 April 2010

LAPES 2



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

LAPES MUNCUL LAGI! Lapes bukanlah kuih lapis, atau kek lapis..tapi ialah satu projek berkala kepada pelajar-pelajar SRICU khususnya dan individu-individu lain amnya. LAPES yang julung kali diadakan pada tahun lepas (2009) merupakan satu bentuk latihan dan pengajaran baru kepada pelajar.

Sesuai dengan nama Latihan Pembentukan Sahsiah, tujuannya adalah untuk membentuk peribadi yang unggul dalam diri pelajar. Mendekati konsep mesra alam serta tunjuk dan buat, membolehkan pelajar memahami setiap modul yang diberikan.

Pihak sekolah telah mengundang konsultan yang pelbagai dan terbaik bagi memastikan matlamat LAPES dijalankan dengan sebaik mungkin. Harapan pihak sekolah agar pelajar dapat mengikuti setiap program LAPES dengan sebaiknya.

Berikut ialah tentatif dan keperluan yang perlu dibawa sepanjang LAPES 2.

Keperluan yang perlu dibawa oleh para pelajar.

1. Alatan/ kelengkapan menulis(pensil, pembaris, pemadam, gunting, gam, dll)

2. Buku catatan/nota

3.Pakaian

Lelaki : Baju Melayu, Baju t-shirt berkolar/kemeja, seluar panjang

Perempuan : Baju kurung/jubah, tudung

4. Pakaian Anak cergas

Lelaki : Seluar sukan dan t-shirt

Perempuan : Seluar sukan ,t-shirt lengan panjang dan tudung

5. Sleeping bag/ alas tidur/ bantal

6. Kelengkapan khidmat diri (tuala mandi,sabun mandi, bedak, berus gigi, ubat gigi, sikat)

7. Sebarang bekalan ubat-ubatan khas (asthma,gastrik, dll)

8. Kasut sekolah/ kasut sukan

9. Sila pastikan segala keperluan dan barangan di tulis nama untuk mengelakkan kehilangan dan keciciran.


TENTATIF PROGRAM LAPES 2

SABTU DAN AHAD: 15-16 MEI 2010

Sabtu, 15 Mei 2010

7.30 pagi : Pendaftaran para peserta

8.15 pagi : Peserta berkumpul dan pembahagian kumpulan

8.30 pagi : Sarapan pagi

9.00 pagi : Inspirasi 1- Cinta Allah & Rasul

10.30 pagi : Minum Pagi / Rehat

11.00 pagi : Inspirasi 2 – Cinta Ibubapa & Guru

12.30 tghari : Makan Tengahari / Solat Zohor berjemaah/ Mutiara Hati

2.00 petang : Inspirasi 3 – Cinta Kecemerlangan

3.00 petang : LDK – “ana-muslim@CUIS”

4.30 petang : Minum petang / Solat Asar berjemaah / Mutiara Hati

5.30 petang : Anak Cergas

6.30 petang : Hemah diri / Solat Maghrib berjemaah

8.00 malam : Makan Malam

8.30 malam : Solat Isyak berjemaah

9.15 malam : Inspirasi 4 – Cinta Ummah

10.30 malam : Minum Malam

10.45 malam : Istirehat & Tidur

Ahad, 16 Mei 2010

4.45 pagi : Qiamulail / Anak Soleh/ Santapan Jiwaku

6.45 pagi : Anak Cergas

7.15 pagi : Sihat Badan/ Persiapan Tempat

7.45 pagi : Santapan Pagi

8.00 pagi : Explorace – Rentak Anak Soleh

10.00 pagi : Minum Pagi

10.30 pagi : Resolusi

: Majlis Penutup

11.30 pagi : Bersurai


Berikut ialah persiapan awal sempena LAPES 2. Semua bersemangat hebat! Tahniah!




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...