Ikuti kami di Facebook

27 Januari 2010

PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Pendahuluan

Perkhidmatan kesihatan sekolah adalah satu perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optima. Keutamaan diberi kepada murid-murid sekolah bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia.

Perkhidmatan kesihatan telah dimulakan di Negara ini pada tahun 1967 dan mulai tahun 1975, pasukan-pasukan kesihatan sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan di buat ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di Malaysia.
Kumpulan sasar

Secara umumnya, setiap tahun hampir 1.8 juta murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia mendapat faedah langsung melalui perkhidmatan kesihatan sekolah ini. Kategori murid yang diberi pemeriksaan kesihatan adalah:

* Pra sekolah
* Tahun 1
* Tahun 6 dan
* Tingkatan 3

Pakej perkhidmatan kesihatan

Perkhidmatan kesihatan di sekolah boleh di bahagikan kepada tiga komponen utama. Tiga komponen tersebut terdiri dari:

1. Perkhidmatan Kesihatan Sekolah
2. Perkhidmatan Pergigian Sekolah
3. Perkhidmatan Alam Sekitar Sekolah

Perkhidmatan kesihatan sekolah

Di bawah perkhidmatan kesihatan sekolah, murid-murid menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan seperti berikut:

1. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras paling optima melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.
2. Mengesan masalah-masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam sistem pendidikan khas.
3. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.

Buku Rekod Kesihatan Murid

Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan yang diperolehi semasa alam persekolahan. Buku ini adalah buku rujukan yang mencatatkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam persekolahan.Buku ini di beri secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan. Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan mencatitkan kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka.

Adalah penting untuk IBU BAPA dan PENJAGA memahami kandungan yang terdapat dalam RKM 1 sebagai panduan penjagaan kesihatan anak mereka sepanjang masa persekolahan. Buku ini disimpan oleh pihak sekolah bagi memudahkan pengawasan kesihatan murid dan akan diberikan kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah atau menaiki sekolah menengah. Seterusnya buku ini perlu di serah kepada sekolah yang baru untuk simpanan. Ibu bapa boleh minta buku ini dari pihak sekolah sekiranya ingin melihat rekod kesihatan anak mereka.

Pendidikan kesihatan

Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secara berkelompok dan individu.

Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan melalui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui pameran, ceramah dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidikan kesihatan secara berkelompok mengutamakan masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan golongan murid sekolah contohnya saringan talasemia, 'tak nak merokok' dan gaya hidup sihat.

Pendidikan kesihatan individu diberi sebagai khidmat nasihat dan kaunseling semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Isu-isu yang lazim didapati adalah berkaitan dengan pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lain-lain .
Imunisasi kesihatan sekolah

Sekiranya anak-anak didapati tidak mendapat pelalian di atas kerana tiada kebenaran ibu bapa atau anak tidak hadir ke sekolah pada masa lawatan Pasukan Kesihatan ke sekolah, ibu bapa boleh membawa anak mereka ke klinik-klinik kesihatan yang berhampiran dengan rumah untuk mendapatkan pelalian-pelalian ini.

**** Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari pada laman ini(REKOD KESIHATAN)

PESANAN UNTUK IBUBAPA: Rawatan Kesihatan bagi anak-anak tuan puan terutamanya bagi Tahun 1 dan 6 akan dilaksanakan pada 29 Mac 2010. Guru kelas akan memastikan buku rekod kesihatan sudah dikemaskini. Sekiranya terdapat sebarang masalah perubatan dan kesihatan bolehlah dimaklumkan kepada guru kelas anak masing-masing.

Kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Terima Kasih
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...