Ikuti kami di Facebook

06 November 2009

MAKAN MALAM@CUIS

Pada 14 Ogos 2009 yang lalu, satu majlis makan malam telah diadakan di Restoran Haslam, Setapak. Majlis yang kerap-kali ditunda ini diadakan untuk menemukan warga-warga Cahaya Ummi, baik guru, anggota pengelola mahupun ibubapa.

Acara dimulakan dengan alunan zikir dan dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Hasnil. Acara seterusnya ialah ucapan dari penaja yakni Kapten Karim Gulapdin. Seterusnya sesi luahan (atau bingkisan kata) dari setiap hadirin yang hadir. Baik guru mahupun pasangan, hatta ibubapa diwajibkan melontar idea, komenan dan harapan tentang Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

Jamuan malam itu, memang sangat mengenyangkan dan masing-masing pulang dengan kegembiraan. Apa yang penting, objektif perjumpaan untuk merapatkan tali silaturrahim harapnya terus utuh walau di mana masing-masing berada.

InsyaAllah, program sebegini akan lebih kerap dijalankan bagi mewujudkan persamaan dan kefahaman dalam satu matlamat.





..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...