Ikuti kami di Facebook

26 November 2009

Hari Anugerah CUIS 2009



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Alhamdulillah..Hari Anugerah yang dinanti-nantikan telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 21 November 2009 yang lalu. Bersyukur pada ALLAH SWT, kerana cuaca pada malam itu sangat baik, meskipun musim hujan tidak menentu.

Pelbagai acara telah dilaksanakan dan suasana serta sambutan dari kalangan ibubapa amat menggalakkan. Bahkan khemah tidak mampu menampung bilangan hadirin yang datang. Majlis di bawah pimpinan Cikgu Aniza sebagai Pengarah Program berjaya dilaksanakan mengikut aturan. Syabas diucapkan!


Pastinya gambar yang ingin di tatap sebagai bukti rasa keriangan di hati semua pihak, baik pengurusan,guru,ibubapa mahupun pelajar.

Tahniah jua diucapkan buat semua pelajar yang berjaya dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam kelas, pelajar terbaik bagi setiap subjek dan jua pelajar terbaik bagi kategori Prestasi Meningkat. Semoga pencapaian yang dicapai ini akan terus berkekalan.

Tahniah jua buat Nur Izzah Mohd Zain kerana berjaya merangkul hadiah Pelajar Harapan sekolah. Sesungguhnya potensi Nur Izzah baik dalam akademik mahupun ko-kurikulum amat membanggakan.

Acara dan hadiah khas untuk guru-guru turut menjadi kejutan. Meskipun bukan wang ringgit yang guru-guru dambakan, tetapi kesyukuran tetap dipanjatkan kepada Allah SWT atas penghargaan yang diberikan kepada semua guru.

GURU POPULAR: USTAZ NORISMAIL SIDEK DAN PUAN MARDIAH HAYATI ABD.RAHMAN
GURU BERPOTENSI: PUAN MARDIAH HAYATI ABD.RAHMAN
GURU HARAPAN: CIK NURFATIN OSMAN DAN USTAZAH SITI MARIAM MOHD.SHAH

Tahniah buat semua yang menjayakan Hari Anugerah 2009 terutama buat semua tenaga kerja baik secara langsung mahupun tidak langsung, yang tidak mengenal erti jemu..sesungguhnya percayalah..nilaian pahala pasti Allah gandakan kepada mereka yang ikhlas di jalanNya..

Jumpa lagi tahun depan!



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...