- Mewujudkan satu iklim sekolah yang kondusif untuk membentuk pelajar yang soleh dan solehah.
- Memberi perkhidmatan pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam.
- Menyediakan waktu persekolahan yang kondusif iaitu hanya satu sesi sahaja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Membantu meringan beban ibu bapa yang bekerja dalam menguruskan jadual harian anak-anak sekolah sessi pagi dan petang.
- Sekolah integrasi menggabungkan akademik dan juga agama (KBSR dan KAFA) dalam satu sessi. Dapat memberi lebih masa kepada pelajar tanpa perlu balik ke rumah dan ke sekolah lain.
- Masa yang terluang dapat digunakan untuk memperbaiki tahap pendidikan akademik serta membentuk sahsiah dan moral yang baik.
- Iklim persekolahan integrasi dan satu sessi ini dapat membendung dari unsur-unsur luar yang negatif akibat pendedahan semasa pertukaran sekolah kebangsaan ke sekolah kafa.
- Penerapan konsep sebahagian kerja rumah diselesaikan di sekolah membolehkan para ibu bapa dapat meluangkan lebih masa yang berkualiti dengan anak-anak pada sebelah malam. Ini dapat menjamin hubungan kekeluargaan yang baik demi kesejahteraan ummah.
- Nama institusi:
Cahaya Ummi Islamic School / Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi (SRICU)
- Pihak Pengurusan: Pengurusan Cahaya Ummi Sdn.Bhd Ditubuhkan pada 11 September 2006
- No Syarikat: 746814-U
- Alamat berdaftar: 18-1 Suite B, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, 51000 Kuala Lumpur
- Lokasi Sekolah: d/a Surau Ibrahimiah, Kampung Batu Muda, Mukim Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- Setiausaha Syarikat: Indah Secretarial Management
- Modal Berbayar: RM 100,100.00
- Bilangan Syer: 100,000 unit
VISI CUIS
Menekankan pembentukan intelek Islam melalui penekanan terhadap cara dan teknik pembelajaran yang efektif dan penghayatan nilai-nilai murni berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah
Melahirkan generasi cemerlang yang akan memenuhi keperluan modal insan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan