Ikuti kami di Facebook

10 April 2009

RINGKASAN DARI CUIS

Cahaya Ummi Islamic School atau Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi adalah sebuah sekolah rendah swasta bercorak intergrasi yang mengimbangi antara keperluan duniawi dan ukhrawi.

CUIS telah ditubuhkan tahun 2005. Sebelum ini, CUIS dikenali sebagai Cahaya Ummi Intergated School. Tetapi kini ianya ditukarkan kepada Cahaya Ummi Islamic School bertepatan dengan motto sekolah iaitu "kecemerlangan dunia dan akhirat".

CUIS berada di bawah Pengurusan Cahaya Ummi Sdn.Bhd yang mana pemegang-pemegang sahamnya ialah majoritinya di kalangan ibubapa pelajar itu sendiri.

CUIS diterajui oleh pihak pengurusan dan tenaga pengajar yang komited dan sejalan dalam melahirkan generasi Al-Quran yang soleh dan solehah. Generasi yang ingin dilahirkan ialah generasi yang berilmu, beriman dan mengenali asas diri sebagai hamba Allah di muka bumi. Generasi ini jua yang akan mencorakkan masa hadapan dan terpikul beban dakwah pada bahu anak-anak cilik ini.

SALAM PERKENALAN!
SELAMAT MENGENALI DUNIA KAMI

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...