Ikuti kami di Facebook

17 April 2009

LAPES 1 & ICE BREAKING

LAPES 1 - LATIHAN PEMBENTUKAN SAHSIAH 1

SALAM SAYANG SEMUA..

Lapes sesi 1 telah berjaya dilaksanakan pada 20-22 Februari 2009 dengan kehadiran peserta seramai 79 orang.

Gambar akan dimasukkan lagi kerana penulis sangat rambang mata untuk memilih gambar-gambar yang terbaik untuk dikongsi. Harap bersabar. Terima kasih.

tengok lagi ye..




ICE BREAKING

Ice breaking

Salam sayang semua..

Program Ice Breaking telah diadakan pada 21 Februari 2009 yang lalu
Program ini telah dijayakan oleh semua guru CUIS dan TCU (Tadika Cahaya Ummi)bersama Pihak Pengurusan CUIS.
Ianya dilaksanakan di Rebutia Camp, di pinggiran Gombak.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk mengikat ukhwah antara guru dan pengurusan.
Di samping itu, aktiviti seharian ini turut menjadi titik awal kepada semua pihak untuk mengenali dan memahami peranan masing-masing dalam organisasi. Benarlah kata pepatah- tak kenal, maka tak cinta. Apabila saling mengenali, mulalah timbul rasa cinta antara satu sama lain! InsyaAllah.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

16 April 2009

PEMBANGUNAN & PERANCANGAN INSTITUSI

  1. Memantapkan lagi kemahiran dan kewibawaan para tenaga pengajar melalui pendedahan terhadap teknik mengajar yang efisien dan efektif
  2. Meningkatkan lagi kemampuan semua tenaga pengajar dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran para pelajar.
  3. Berusaha untuk menjadi sekolah angkat kepada Organisasi atau Yayasan yang berwibawa dan mempunyai aspirasi yang sealiran dengan visi sekolah.



  1. Menjadi ahli kepada persatuan-persatuan yang dapat mengambil berat tentang hal ehwal sekolah terutamanya sekolah swasta atau agama.
  2. Kerjasama yang erat antara pengurusan sekolah dan PIBG bagi melancarkan lagi aktiviti-aktiviti dan program pemasaran sekolah.
  3. Meningkatkan bilangan pelajar melalui:
  • Pendedahan tentang kewujudan sekolah melalui program-program kemasyarakatan penduduk setempat
  • Hasrat ibu bapa yang menghantar anak ke TCU untuk menyambung pembelajaran anak ke CUIS
  • Penggunaan saluran pemasaran seperti suratkhabar, majalah dan 'brochure' yang dihantar dari rumah ke rumah. Poster dan banner juga dipasang di kawasan sekitar; Selayang, Gombak, Kepong dan Batu Caves.
  • Pemasaran secara tidak formal melalui saluran pelajar dan ibu bapa sedia ada.
PROSPEK MASA HADAPAN

MENJADIKAN CUIS SATU ALTERNATIF PENDIDIKAN KEPADA MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN CORAK PENDIDIKAN INTEGRASI YANG MENYELURUH DAN SEIMBANG.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

JAMINAN KUALITI & PENGIKTIRAFAN

  • Menyediakan kelas intensif kepada pelajar lemah dan klinik UPSR kepada yang bakal menduduki UPSR.
  • Guru-guru sentiasa memantau prestasi pelajar baik dari segi fizikal, emosi dan daya pemikiran
  • Konsep mentor-mentee diterapkan supaya proses pemahaman lebih mudah dan berkesan
  • PKSR 1 & 2 menggunakan kertas soalan JPWP
  • Kertas ujian bulanan dan percubaan UPSR dari sekolah lain digunakan sebagai pengukur pencapaian para pelajar.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

KURSUS PENGAJIAN 2011(Terbaru!)

JUMLAH BILANGAN MURID : 140 orang

Tahun 1 Abu Bakar       :14orang
Tahun 1 Umar               :15orang
Tahun 2 Uthman            :13orang
Tahun 2 Ali                    :13orang
Tahun 3 Abu Hurairah    : 20orang
Tahun 3 Zubair               : 10orang
Tahun 4 Khalid               : 20orang
Tahun 5 Amru                 : 17orang
Tahun 6 Zaid                   : 12orang
Tahun 6 Muaz                 : 6orang

SILIBUS DAN KURIKULUM

Subjek-subjek yang di ajar:

KBSR
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Kemahiran Hidup
  6. Kajian Tempatan
  7. Pendidikan Seni
  8. Pendidikan Jasmani
KAFA
  1. Hafazan
  2. Ibadat
  3. Akidah
  4. Tilawah Al-Quran
  5. Sirah
  6. Bahasa Arab
  7. Akhlak
  8. Jawi
  9. Khat
Jumlah jam pembelajaran seminggu
(Akademik)- 26 jam
  1. Bahasa Melayu - 5 waktu
  2. Bahasa Inggeris - 5 waktu
  3. Matematik - 5 waktu
  4. Sains - 5 waktu
  5. Kemahiran Hidup - 1 waktu
  6. Kajian Tempatan - 1 waktu
  7. Pendidikan Seni - 1 waktu
  8. Pendidikan Jasmani - 1 waktu
Jumlah jam pembelajaran seminggu
(Agama)- 22 jam
  1. Hafazan - 8 waktu
  2. Ibadat - 2 waktu
  3. Akidah - 2 waktu
  4. Tilawah Al-Quran - 2 waktu
  5. Sirah - 2 waktu
  6. Bahasa Arab - 2 waktu
  7. Akhlak - 2 waktu
  8. Jawi - 2 waktu
  9. Khat - 2 waktu

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

LOKASI DAN KEMUDAHAN

  • Kedudukan sekolah yang strategik di kawasan Surau Ibrahimiah, Mukim Batu Muda, Kuala Lumpur.
  • Bangunan sekolah terdiri dari dua blok, kantin dan ruang perhimpunan.
  • Blok A yang mengandungi 3 bilik Darjah, 1 Bilik Komputer dan Tandas.
  • Blok B terdiri daripada 4 Bilik Darjah, Perpustakaan dan 1 Bilik Guru.
  • Kantin berada di sebelah Blok B.
Surau


Ruang Perhimpunan




Bilik Guru Besar



Bilik guru merangkap pejabat
~di sinilah guru bertekun bekerja




Bilik-bilik darjah yang luas dan selesa







Kantin sekolah



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

CARTA ORGANISASI

mari kita kenali mereka yang berada di Cahaya Ummi Islamic School.

Guru Besar: Puan Ummi Noorliza binti Ahmad

GPK Tadbir & Kurikulum : Puan Mardiah Hayati binti Abd.Rahman

GPK Hal Ehwal Murid : Cik Aniza binti Abu Hassan

GPK Ko-Kurikulum : Cik 'Atikah 'Adawiyah binti Abdul Ghani

Setiausaha Peperiksaan & Ketua Panitia : Puan Norafizah binti Kamaruddin

Ketua KAFA : Puan Zurakartina binti Mohamed

Jabatan Bahasa Melayu :
Cik Aniza binti Hassan (Tahap 2)&
Cik Khadijah binti Daud (Tahap 1)

Jabatan Bahasa Inggeris :
Puan Norafizah binti Kamaruddin (Tahap 2)&
Cik Siti Zuraidah binti Zakaria (Tahap 1)

Jabatan Matematik :
Puan Mardiah Hayati binti Abd.Rahman (Tahap 2)&
Cik Mazuani binti Hassan (Tahap 1)

Jabatan Sains :
Cik 'Atikah 'Adawiyah binti Abdul Ghani (Tahap 2)&
Cik Nurfatin binti Osman (Tahap 1)

Jabatan Agama :
Puan Zurakartina binti Mohamed (Tahap 2),
Ustazah Husnani binti Abd.Rahman (Tahap 2),
Ustazah Siti Mariam binti Mohd.Shah (Tahap 1),
Ustazah Rafiah binti Yusof (Tahap 1),
Ustaz Mohamad Azhar bin Mohiddin (Tahap 1),
Ustaz Norismail bin Sidek (Tahap 1)
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

10 April 2009

KONSEP DAN RASIONAL PENUBUHAN

  • Mewujudkan satu iklim sekolah yang kondusif untuk membentuk pelajar yang soleh dan solehah.
  • Memberi perkhidmatan pendidikan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Islam.
  • Menyediakan waktu persekolahan yang kondusif iaitu hanya satu sesi sahaja dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Membantu meringan beban ibu bapa yang bekerja dalam menguruskan jadual harian anak-anak sekolah sessi pagi dan petang.
  • Sekolah integrasi menggabungkan akademik dan juga agama (KBSR dan KAFA) dalam satu sessi. Dapat memberi lebih masa kepada pelajar tanpa perlu balik ke rumah dan ke sekolah lain.
  • Masa yang terluang dapat digunakan untuk memperbaiki tahap pendidikan akademik serta membentuk sahsiah dan moral yang baik.
  • Iklim persekolahan integrasi dan satu sessi ini dapat membendung dari unsur-unsur luar yang negatif akibat pendedahan semasa pertukaran sekolah kebangsaan ke sekolah kafa.
  • Penerapan konsep sebahagian kerja rumah diselesaikan di sekolah membolehkan para ibu bapa dapat meluangkan lebih masa yang berkualiti dengan anak-anak pada sebelah malam. Ini dapat menjamin hubungan kekeluargaan yang baik demi kesejahteraan ummah.
PROFIL INSTITUSI
  • Nama institusi:
    Cahaya Ummi Islamic School / Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi (SRICU)
  • Pihak Pengurusan: Pengurusan Cahaya Ummi Sdn.Bhd Ditubuhkan pada 11 September 2006
  • No Syarikat: 746814-U
  • Alamat berdaftar: 18-1 Suite B, Jalan 15/48A, Sentul Raya Boulevard, 51000 Kuala Lumpur
  • Lokasi Sekolah: d/a Surau Ibrahimiah, Kampung Batu Muda, Mukim Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Setiausaha Syarikat: Indah Secretarial Management
  • Modal Berbayar: RM 100,100.00
  • Bilangan Syer: 100,000 unit

VISI CUIS


Memberi pendidikan dunia dan akhirat dan mengamalkan motto "Ke Arah Generasi Islam Intelek, Kecemerlangan Dunia Akhirat"

Menekankan pembentukan intelek Islam melalui penekanan terhadap cara dan teknik pembelajaran yang efektif dan penghayatan nilai-nilai murni berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah

Melahirkan generasi cemerlang yang akan memenuhi keperluan modal insan


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

RINGKASAN DARI CUIS

Cahaya Ummi Islamic School atau Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi adalah sebuah sekolah rendah swasta bercorak intergrasi yang mengimbangi antara keperluan duniawi dan ukhrawi.

CUIS telah ditubuhkan tahun 2005. Sebelum ini, CUIS dikenali sebagai Cahaya Ummi Intergated School. Tetapi kini ianya ditukarkan kepada Cahaya Ummi Islamic School bertepatan dengan motto sekolah iaitu "kecemerlangan dunia dan akhirat".

CUIS berada di bawah Pengurusan Cahaya Ummi Sdn.Bhd yang mana pemegang-pemegang sahamnya ialah majoritinya di kalangan ibubapa pelajar itu sendiri.

CUIS diterajui oleh pihak pengurusan dan tenaga pengajar yang komited dan sejalan dalam melahirkan generasi Al-Quran yang soleh dan solehah. Generasi yang ingin dilahirkan ialah generasi yang berilmu, beriman dan mengenali asas diri sebagai hamba Allah di muka bumi. Generasi ini jua yang akan mencorakkan masa hadapan dan terpikul beban dakwah pada bahu anak-anak cilik ini.

SALAM PERKENALAN!
SELAMAT MENGENALI DUNIA KAMI

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...