Ikuti kami di Facebook

16 Disember 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!
MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBUBAPA!

PADA 2 JANUARI 2010,IAITU SABTU, AKAN DIADAKAN SATU PERJUMPAAN PERDANA ANTARA IBUBAPA DAN GURU-GURU. KEDATANGAN ADALAH DIWAJIBKAN.

BAGI PELAJAR TAHUN SATU 2010, UJIAN PENILAIAN AKAN DIADAKAN PADA JAM 9 PAGI. KEDATANGAN ADALAH DIWAJIBKAN.

sebarang masalah, boleh dirujuk kepada pihak sekolah.
Terima Kasih.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

26 November 2009

Hari Anugerah CUIS 2009



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Alhamdulillah..Hari Anugerah yang dinanti-nantikan telah selamat berlangsung dengan jayanya pada 21 November 2009 yang lalu. Bersyukur pada ALLAH SWT, kerana cuaca pada malam itu sangat baik, meskipun musim hujan tidak menentu.

Pelbagai acara telah dilaksanakan dan suasana serta sambutan dari kalangan ibubapa amat menggalakkan. Bahkan khemah tidak mampu menampung bilangan hadirin yang datang. Majlis di bawah pimpinan Cikgu Aniza sebagai Pengarah Program berjaya dilaksanakan mengikut aturan. Syabas diucapkan!


Pastinya gambar yang ingin di tatap sebagai bukti rasa keriangan di hati semua pihak, baik pengurusan,guru,ibubapa mahupun pelajar.

Tahniah jua diucapkan buat semua pelajar yang berjaya dinobatkan sebagai pelajar terbaik dalam kelas, pelajar terbaik bagi setiap subjek dan jua pelajar terbaik bagi kategori Prestasi Meningkat. Semoga pencapaian yang dicapai ini akan terus berkekalan.

Tahniah jua buat Nur Izzah Mohd Zain kerana berjaya merangkul hadiah Pelajar Harapan sekolah. Sesungguhnya potensi Nur Izzah baik dalam akademik mahupun ko-kurikulum amat membanggakan.

Acara dan hadiah khas untuk guru-guru turut menjadi kejutan. Meskipun bukan wang ringgit yang guru-guru dambakan, tetapi kesyukuran tetap dipanjatkan kepada Allah SWT atas penghargaan yang diberikan kepada semua guru.

GURU POPULAR: USTAZ NORISMAIL SIDEK DAN PUAN MARDIAH HAYATI ABD.RAHMAN
GURU BERPOTENSI: PUAN MARDIAH HAYATI ABD.RAHMAN
GURU HARAPAN: CIK NURFATIN OSMAN DAN USTAZAH SITI MARIAM MOHD.SHAH

Tahniah buat semua yang menjayakan Hari Anugerah 2009 terutama buat semua tenaga kerja baik secara langsung mahupun tidak langsung, yang tidak mengenal erti jemu..sesungguhnya percayalah..nilaian pahala pasti Allah gandakan kepada mereka yang ikhlas di jalanNya..

Jumpa lagi tahun depan!



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

10 November 2009

Sambutan Hari Kelahiran



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Antara aktiviti berkala yang sering dilakukan di sekolah ialah sambutan hari kelahiran. Meskipun begitu, sambutan ini dianjurkan oleh pelajar sendiri dan persediaan untuk majlis ini jua disempurnakan oleh ibubapa. Ada majlis yang tertutup dan ada jua yang terbuka untuk semua pelajar. Pastinya, anak-anak pelajar akan gembira dan guru-guru turut mendoakan agar anak-anak pelajar dimurahkan rezeki dan mendapat kebahagian sepanjang meniti usia.



















..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

07 November 2009

PAMPLET SEKOLAH




CLICK THE PICTURES TO VIEW THE BROCHURES

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

06 November 2009

Sumbangan Buku Teks

MEMO DALAMAN

Tarikh: 29 Oktober 2009
Kepada: Semua ibubapa pelajar Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi
Daripada:Pihak Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi
Subjek: Sumbangan Buku Teks




Makluman kepada semua ibubapa bahawa pihak sekolah sedang mengumpul buku-buku teks terpakai untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan. Oleh hal yang demikian, sukacita dimaklumkan sekiranya pihak tuan/puan mempunyai buku-buku tersebut dapatlah diserahkan kepada pihak sekolah pada 7hb November 2009 (Sabtu) sempena Hari Terbuka dan Hari Pendaftaran. Namun begitu, pihak kami masih menerima selepas pada tarikh tersebut sekiranya ada. Segala jasa baik tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih dan harap maklum.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

MAKAN MALAM@CUIS

Pada 14 Ogos 2009 yang lalu, satu majlis makan malam telah diadakan di Restoran Haslam, Setapak. Majlis yang kerap-kali ditunda ini diadakan untuk menemukan warga-warga Cahaya Ummi, baik guru, anggota pengelola mahupun ibubapa.

Acara dimulakan dengan alunan zikir dan dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Hasnil. Acara seterusnya ialah ucapan dari penaja yakni Kapten Karim Gulapdin. Seterusnya sesi luahan (atau bingkisan kata) dari setiap hadirin yang hadir. Baik guru mahupun pasangan, hatta ibubapa diwajibkan melontar idea, komenan dan harapan tentang Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

Jamuan malam itu, memang sangat mengenyangkan dan masing-masing pulang dengan kegembiraan. Apa yang penting, objektif perjumpaan untuk merapatkan tali silaturrahim harapnya terus utuh walau di mana masing-masing berada.

InsyaAllah, program sebegini akan lebih kerap dijalankan bagi mewujudkan persamaan dan kefahaman dalam satu matlamat.





..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

05 November 2009

HARI TERBUKA


Peringatan buat semua ibubapa!

Hari Sabtu ( 7 November 2009) ini jua adalah Hari Terbuka yakni hari untuk mendapatkan keputusan anak-anak dalam PKSR 2 baru-baru ini.


Besarlah harapan kami agar kalian dapat menghadirkan diri. Mohon kerjasama untuk memaklumkan kepada guru kelas anak-anak sekiranya tuan/puan tidak dapat menghadirkan diri.

Kami tunggu dengan tangan terbuka! Majlis bermula dari jam 8.30 pagi-1 tengahari ye.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

23 Oktober 2009

PENDAFTARAN 2010


Sukacita dimaklumkan bahawa hari pendaftaran 2010 bagi Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi ialah pada :


SABTU- 7 NOVEMBER 2009- JAM: 8.30 PAGI- 1 TENGAHARI


SELAMAT DATANG


:girl_9:

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

HARI ANUGERAH 2008

Pada tanggal 14 Nov 2008 telah berlangsung Malam Anugerah Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi untuk tahun 2008.

Malam yang penuh gemilang itu adalah khusus untuk menghargai kecermerlangan pelajar-pelajar serta malam di mana para pelajar mempersembahkan bakat masing-masing melalui alunan bacaan ayat2 suci Al-Quran, hafazan, persembahan nasyid dan drama pentas.

Malam tersebut juga adalah malam detik perpisahan bagi para pelajar tahun 6 yang akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah.


Semoga Allah SWT terus melimpahi rahmat dan keberkatanNya buat CUIS dan seluruh warga pengajar dan para pelajar. Tidak dilupakan buat ibubapa yang telah memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam memberi pendidikan buat anak-anak mereka.

Sekalung penghargaan jua buat ibubapa yang sanggup berkorban wang ringgit dan tenaga dalam membantu kelangsungan perjalanan sekolah. Tidak kurang hebat peranan organisasi Surau Ibrahimiah yang memberi nafas kepada warga CUIS untuk terus bergerak dalm sebaran pendidikan.

Sekalung tahniah buat semua!





..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

TEMASYA SUKAN 2008







































































..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...