Ikuti kami di Facebook

24 Julai 2012

Majlis Rahmat Ramadhan 1433H & mohon sumbangan ikhlas





Assalamualaikum w.b.t

4 Ramadhan 1433 H bersamaan 24 Julai 2012.

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi (SRICU) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Nilam (PERKIN) akan mengadakan Program Raikan Rahmat Ramadhan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Hadiah Sumbangan Hari Raya kepada 100 orang yang dikategorikan kepada tiga kelompok utama iaitu anak-anak yatim, mualaf, fakir miskin dan ibu tunggal pada 28 Julai 2012 M / 8 Ramadhan 1433 H di SRICU. Majlis ini untuk sama-sama berkongsi kemuliaan dan keberkatan Ramadhan dengan semua kumpulan sasaran untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini. 






Kami memohon sumbangan dana atau barangan keperluan untuk menjayakan program tersebut. Kepada YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan yang ingin turut serta memeriahkan majlis tersebut serta dapat merasai kasih sayang dari semua makhluk Allah. terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini dialu-alukan. Raikan Ramadhan Dengan 'Meraih Butiran Pahala Dan Mengejar Lambaian Syurga'.

Sumbangan boleh dibuat atas nama PIBG SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI. No.akaun: 1410041000159745 (BSN) atau boleh muat turun borang sumbangan(Klik disini) dan menghantar kepada kami secara pos.  Maklumat lanjut, sila hubungi Puan Noorliza Bt. Ahmad  (012 – 247 3802) Guru Besar @ En. Abd. Rashid  (019 – 208 8775) selaku Pengarah Program.


Berikut adalah tentatif bagi program ini :




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Ramadhan di SRI Cahaya Ummi



Assalamualaikum w.b.t
Marhaban Ya Ramadhan.


Pada 3 Ramadhan 1433H bersamaan 23 Julai 2012, pelajar-pelajar SRI Cahaya Ummi telah mula menjalani persekolahan untuk bulan Ramadhan ini.

Sesi persekolahan kali ini bertukar jadual. Pelajar akan datang seperti biasa 7.30 pagi dan tamat sesi pembelajaran 1.30 tengah hari. Selepas solat zohor pelajar dikehendaki bertadarus mengikut kumpulan yang diberi sambil dipimpin oleh guru-guru. Pelajar boleh pulang awal seusai tadarus Al-Quran pada jam 3 petang.







Salam Ramadhan semua, moga Ramadhan ni merupaka Ramadhan terbaik buat kita semua, amen. Wassalam.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

24 Jun 2012

Program Qiamulail Perdana 1 2012






Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua?
Moga anda sihat disana
Terus menyokong SRICU
Sekolah kita bersama

Pada 22 Jun 2012 bersamaan 3 Sya'aban 1433H iaitu hari Jumaat Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan Qiamulail Perdana. Program ini diadakan buat pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini.

Turut diadakan juga pada malam itu pertemuan antara guru-guru SRICU dengan ibu bapa pelajar-pelajar tahun 6 bagi mengadakan perbincangan perkembangan anak masing-masing. Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kami :



Ustaz Roslan bersama penceramah jemputan Ustaz Dhani Firdaus(Kanan)




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...