Ikuti kami di Facebook

Memaparkan catatan dengan label UCAPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UCAPAN. Papar semua catatan

26 Oktober 2011

Perasaan dan Harapan


Assalamualaikum w.b.t
Segala puji diucapkan kepada Tuhan sekalian alam
selawat dan salam atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
moga-moga mendapat syafaat daripadanya kelak
amin..
Pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud "Tuntutlah ilmu dari buayan sehingga ke liang lahad". Ia selaras dengan firman Allah di dalam Alquran surah al-A'laq yang menuntut kita membaca(mencari ilmu). Ilmu itu bukan terhenti sekadar di kertas atau di sijil-sijil atau terhenti pada UPSR, SPM, Ijazah dan PhD, tetapi ilmu itu berjalan seiring dengan umur kita yang masih berbaki ini.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

20 Ogos 2010

RAMADHAN KAREEM



Ramadhan tiba lagi. Inilah masanya untuk berubah, masa untuk perbaiki hubungan dengan Allah serta hubungan sesama manusia.

Menyentuh berkaitan hubungan dengan Allah, mari hayati firman Allah yang bermaksud:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (surah al-Baqarah: 183)

Takwa dari segi bahasanya takut kepada Allah manakala dari segi istilahnya lebih luas daripada itu. Puasa itu sendiri mendidik seseorang individu agar bertakwa kepada Allah. Seseorang individu boleh sahaja makan dan minum tatkala tiada sesiapa melihatnya, tetapi kerana sifat takwalah seseorang individu itu tetap dengan puasanya.

Sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis qudsi, Rasulullah saw bersabda:

“Firman Allah Ta’ala: Tiap-tiap amal anak Adam untuknya kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untukKu, dan Aku akan memberi balasan dengannya. Dan puasa itu perisai, maka apabila seorang kamu berpuasa janganlah ia memaki-maki, mencarut-carut dan janganlah dia menghiruk-pikukkan; maka jika dia dimaki oleh seorang atau hendak dibunuhnya, hendaklah ia katakan: aku ini berpuasa.”
(Hadith riwayat Bukhari & Muslim)



Bersempena dengan Ramadhan yang mulia ini juga, pihak sekolah sekali lagi mengadakan Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat 2010. Program yang saban tahun diadakan ini bukan sahaja bertujuan untuk memeriahkan Ramadhan bahkan untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan pihak ibubapa.

Berikut ialah tentatif program tersebut:

5.00 ptg : Ketibaan tetamu
6.00 ptg : Bacaan Yaasin
: Zikir Munajat
: Tazkirah ringkas
7.00 mlm : Persiapan & berbuka puasa
7.45 mlm : Solat Maghrib & Solat Hajat
: Solat Isya’
: Solat Tarawikh
9.30 mlm : Tazkirah Ramadhan
10.00 mlm : Moreh & Bersurai

Dan majlis ini bakal diserikan oleh tetamu istimewa, Imam Muda Asyraf. Harapan sekolah, kedatangan beliau bukan setakat memberi tarikan kepada majlis bahkan bakal menyuntik semangat anak-anak SRICU untuk menjadi seperti beliau.



Marilah kita semua memeriahkan Ramadhan ini dengan sebaiknya.

Baihaqi meriwayatkan dari hadith Ibnu Mas’ud :

“Dan pada setiap berbuka pada bulan Ramadhan ,
maka pada setiap malamnya Allah akan
membebaskan 60,000 orang dari api neraka
dan apabila hari Raya Idul Fitri,maka Allah akan
membebaskan sejumlah orang selama sebulan
Ramadhan itu, iaitu 60,000 x 30 .”
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

19 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Tanggal 16 Mei datang lagi. Pada tarikh keramat ini pasti akan diingati oleh semua insan. Pada tarikh ini, kita pasti akan mengingati jasa dan keringat seorang guru kepada kita. Biar hebat mana seorang insan itu, ianya bermula dari didikan seorang guru.

Semua tahu peranan guru. Mengajar dan mendidik. Memberitahu supaya lebih tahu. Kerana seorang guru itu penuh hemah dan hikmah. Oleh hal demikian, tanda ingatan itu perlu sentiasa mekar di hati.

Pantun Hari Guru

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.



MAKLUMAN: SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI, akan diadakan pada Jumaat, 4 Jun 2010. Semua pelajar wajib hadir dan membawa juadah. Pelajar dibenarkan pulang pada jam 2 petang pada hari tersebut. Jangan lupa ya!
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...