Ikuti kami di Facebook

Memaparkan catatan dengan label UJIAN dan PEPERIKSAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UJIAN dan PEPERIKSAAN. Papar semua catatan

03 Oktober 2012

HARI PERTAMA MINGGU PEPERIKSAAN UPSR 2012


Pada 11 September 2012 bersamaan dengan hari Selasa jam 7.30 pagi, pelajar-pelajar telah bersiap sedia untuk berangkat ke Sekolah Kebangsaan Batu Muda bagi menduduki peperiksaan UPSR. Seramai 20 orang calon pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi pada tahun ini akan menghadapi peperiksaan UPSR bagi sesi 2012.

Seawal pagi, pelajar-pelajar digalakkan untuk bangun awal bagi menunaikan sulat sunat tahajjud sebanyak dua rakaat, diikuti dengan solat fardhu Subuh dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Setibanya di sekolah, pelajar-pelajar melakukan solat sunat dhuha di dataran sekolah sebelum berangkat ke dewan peperiksaan sebagai senjata terakhir bagi meraih petunjuk dari Yang Maha Esa.

Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan dari-Nya disamping memperoleh keputusan yang cemerlang.


 


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

19 Januari 2012

Keputusan UPKK 2011





Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur kita kehadrat Ilahi
kerana dengna limpah kurnianya kita masih diberi
pinjam umur, alhadulillah..


Pada 16 Januari yang lepas keputusan UPKK 2011 telah di umumkan. 6 Orang pelajar telah memperolehi 8A manakala 2 orang lagi memperolehi 7A 1B.

Pelajar 8A

Shahira Hamzah




Syawal Zulkifli


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

07 Januari 2012

Kecemerlangan Berterusan Di Cahaya Ummi

Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi...
pelajar-pelajarnya terus memetik buah-buah kecemerlangan

Pelajar Cemerlang 2011 (Tahun 6)




Nur Aisyah Binti Abdul Aziz
6 Zaid al-Harithah 

UPSR : 5A
PSRA : MUMTAZ
UPSRA : 9A
Tawaran : Maktab Mahmud Alor Star, SMISTA, Institut al-Quran Kuala Lumpur(IQKL)




Nur Izzah Mohd Zain
6 Zaid al-Harithah

UPSR: 5A
PSRA : MUMTAZ
UPSRA : 9A
Tawaran : MRSM Ulul Albab Gemencheh, Negeri Sembilan


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

06 Oktober 2011

Ujian Kelayakan Kemasukan Pelajar Baru 2012



Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak sesuai dan dikhuatirkan" (Riwayat Abu Ya'la dari Anas r.a.)


Assalamualaikum w.b.t
setinggi kesyukuran kita panjatkan kehadrat Ilahi
serta selawat dan salam keatas
junjungan besar Rasulullah s.a.w
moga-moga diberi syafaat
di Akhirat kelak
amin..


Gambar Hiasan


Pada Ahad ini iaitu 9 Oktober 2011, Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi akan 'Ujian Kelayakan Pengambilan Pelajar 2012'.Ujian ini akan berlangsung pada jam 9 pagi bertempat di SRICU.

Sehubungan dengan itu kepada Ibubapa yang berminat menghantar anak-anak mereka untuk menuntut di SRICU agar dapat menghantar anak-anak mereka lebih awal bagi memudahkan serta melancarkan perjalanan program.

Alamat serta nombor telefon sekolah boleh di dapatkan di 'sidebar' blog. Kerjasama pihak Ibubapa serta anak-anak kami dahulukan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian,wassalam.








..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

04 Oktober 2011

PSRA berlalu UPSRA menunggu



Assalamualaikum w.b.t
Segala puji di angkat keatas Allah s.w.t
Dengan limpah kurnia dan inayahnya dapat kita bernafas
didalam roh Islam, moga-moga dirahmati Allah
atas semua nikmat yang diberi
amin...


Pada 26 sehingga 29 September anak-anak tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah berjaya menduduki Peperiksaan Sekolah Rendah Agama yang merangkumi 6 subjek iaitu Feqah & Tauhid, Sirah & Akhlak, Tajwid & Jawi, Bahasa Arab, Imlak & Khat, Tilawah & Hafazan.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

21 September 2011

Latihan Ujian Syafawi UPKK




Assalamualaikum w.b.t
Selawat atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
Moga-moga kita diberi syafaat di akhirat kelak
amin...

Pada minggu ini anak-anak tahun 5 yang bakal menduduki UPKK bakal mengadakan beberapa latihan bagi menduduki Ujian Lisan(Syafawi) yang merangkumi hafazan dan juga tilawah.

Latihan ini juga dijalankan oleh 'Trio' SRI Cahaya Ummi iaitu Ustaz Ismail, Ustaz Sainul dan Ustaz Roslan.Ia dijalankan di kelas tahun 4 Khalid Al-Walid.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

19 September 2011

Peperiksaan UPSR 2011




 Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua?
harap-harap di dalam keadaan sihat sejahtera 
dan di redhai Allah
Amin.

  Pada 13 sehingga 15 September yang lalu,pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).Ia berlangsung di Sekolah Kebangsaan Batu Muda yang terletak belakang SRICU sendiri.

Reaksi yang memberangsangkan daripada pelajar-pelajar telah menggambarkan kepuasan di dalam diri
 masing-masing.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

23 Ogos 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR & PSRA sebelum menjelang Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t

 Ramadhan Karim!!kurang dari 10 hari Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita,moga di panjangkan umur sehingga ke akhirnya.

 Bermula dari 22 sehingga 25 Ogos 2011 pelajar tahun 6 akan menduduki peperiksaan percubaan yang ke-4 dan ini percubaan terakhir sebelum peperiksaan UPSR yang sebenar.

 Di bawah ini kami sertakan dengan beberapa keping foto:







Melalui raut-raut wajah mereka ternyata kesungguhan mereka untuk berjuang untuk mencapai kejayaan,mari sama-sama kita mendoakan akan kejayaan mereka,amin.sekian wassalam.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

20 Ogos 2011

Peperiksaan Pra PKSR 2

Assalamualaikum w.b.t

 Salam Ramadhan dari kami.Bermula dari hari Selasa 16 Ogos sehingga hari Khamis 25 Ogos pelajar Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi menjalani Peperiksaan Pra PKSR 2.

 Peperiksaan ini 'modus operandi'nye sama sahaja seperti Peperiksaan Pra PKSR 1 yang mana ia bertujuan untuk menguji tahap persedian anak-anak bagi menghadapi peperiksaan PKSR 2 atau pun lebih di kenali sebagai Peperiksaan Akhir Tahun.

 Disini kami sempat memuatkan beberapa gambar yang berkenaan :















Justeru itu di kesempatan ini mari kita doa agar kejayaan anak kita dapat di capai dengan hasil usaha mereka dan tawakal mereka kepada Yang Maha Esa,amin.Sekian Wassalam.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

16 Julai 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR,PSRA dan UPSRA

Assalamualaikum w.b.t

  Setelah lama kita meniti hari akhirnya kita sudah pun sampai ke penghujung tahun tanpa kita sedari,namun masa yang berlalu tidak boleh di kembalikan semula kerana itu semua ketentuan Allah sejak azali lagi.

  Justeru itu pada 4,5,11,12 dan 13 Julai telah di adakan Peperiksaan percubaan UPSR,UPSRA dan UPSRA yang mana ia bertujuan untuk menguji tahap persedian pelajar bagi menghadapi 3 peperiksaan ini.Keputusan peperiksan percubaan ini akan di masukkan ke dalam sistem untuk semakan pihak kementerian.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Mei 2011

Pra PKSR 1 '11

Assalamualaikum w.b.t

  Salam pertemuan kita kembali wahai teman-teman seperjuangan kami yang suci ini,disini kami ingin memaklumkan bahawa peperiksaan 'Pra PKSR 1' telah pun berjaya dijalankan dengan lancar dengan izin Allah Tuhan sekalian A'lam.

 Peperiksaan Pra PKSR 1 ini bermotifkan mengesan kelemahan para pelajar serta para guru bagi memperbaikinya untuk peperiksaan  PKSR 1 tidak lama lagi.Peperiksaan ini bermula dari 20 sehingga 28 April 2011 iaitu dari Rabu sehingga hari Khamis minggu yang lain.Perjalanan peperiksaan kali ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama murid-murid dan guru-guru.Tahniah untuk kalian semua.

 Kesimpulan dari post ini ialah bagi memaklumkan kepada teman-teman sekalian bahawa CUIS serius bagi melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dari segi sahsiah dan pembelajaran.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

20 September 2010

SELAMAT BERJAYA!

Salam Alaik dan Salam Sejahtera!

Marilah sama-sama kita mendoakan kepada kesemua anak-anak pelajar kita mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang bakal diduduki pada tahun ini.

Dengan kesungguhan menuntut ilmu tanpa jemu, pasti kejayaan akan dimiliki. Seiring dengan doa yang tidak pernah putus serta restu ayah ibu yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit bagi merealisasikan hasrat untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Dan jasa yang tidak perlu dilupakan adalah jasa guru-guru yang sedia membantu tidak kira waktu.



Berdoa dan berdoa lah agar Allah memberi ketenangan dan kemudahan dalam menjawab soalan. Bersama-sama lah kita mendirikan solat hajat dan membaca Al-Quran sepanjang peperiksaan ini berlangsung. Semoga Allah membalas kebaikan yang dilakukan walaupun sebesar zarah.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

09 Ogos 2010

UJIAN BULANAN 2


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Februari 2010

KEPUTUSAN UPKK



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

ALHAMDULILLAH, keputusan UPKK-Ujian Penilaian Kelas Kafa 2009 telah selamat kami terima semalam, 2 Februari 2010. Keputusan yang diterima amat membanggakan dan kami bersyukur kepada Allah atas pencapaian ini. Berikut keputusan penuh pelajar-pelajar Tahun 5, 2009.

8A
1) Dinah Muhd.Nordin
2) Izzat Fikri Mohd.Rosli
3) Lina Khairina Zambrishah
4) Nik Elia Anis Nik Adli

7A 1B
1) Amirul Mukminin Mazlan
2) Dania Syazween Al-Azmimurat
3) Muhammad Zubair Yahya
4) Nur Nabeela Nasir Husin

2A 4B 3C
1) Muhammad Siddiq Adenan

Tahniah sekali lagi buat semua pelajar. Semoga kecemerlangan ini berterusan ditunjukkan pada tahun ini yakni pada UPSR, UPSRA dan PSRA.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA!


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

01 Oktober 2009

UPSR & UPSRA

Alhamdulillah..

Pelajar-pelajar tahun 6 yang tersayang telah selamat menduduki UPSR & UPSRA. Dari riak wajah, semestinya mereka lega kerana bebanan yang tergalas selama ini sudah berjaya dilepaskan. Namun, itu bukan bermakna usaha untuk berdoa harus dilupakan. Selagi keputusan masih belum keluar, sebaiknya pelajar-pelajar kekal mendirikan solat hajat dan berdoa tanpa putus agar keputusan UPSR & UPSRA tidak mengecewakan.








..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

18 Jun 2009

PKSR 1



Makluman terkini berkenaan PKSR- Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah yang pertama akan diadakan pada 20 MEI - 26 MEI 2009.

Harapan kepada semua bersedia :)
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...