Ikuti kami di Facebook

09 April 2012

Sukan Tahunan 2012







Assalamualaikum w.b.t
moga sahabat-sahabat dikurniakan kesihatan
bagi meneruskan perjuangan menegakkan agama Allah
amin.


       Pada 1 April yang lepas Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan Sukan Tahunan 2012. Acara gilang gemilang ini telah diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selayang. Program ini telah dimulakan seawal jam 8 setengah pagi dengan persembahan rumah sukan kemudian diteruskan dengan acara sukaneka serta sukan balapan seperti 100 meter, larian 200 meter dan sebagainya. Selain itu terdapat juga sukan untuk para hadirin dan ibu bapa. Program ini selesai pada jam 1 setengah tengah hari. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat kami dapatkan :





..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

13 Februari 2012

Solat Hajat & Hari Munajat '12




Assalamualaikum w.b.t
kepada semua para penyokong perjuangan kami
dalam melahirkan cendekiawan Islam

    Tanggal 14 Januari 2012 bersamaan hari Sabtu telah diadakan program Solat Hajat Perdana dan Hari Munajat. Program ini sinonimnya akan diadakan setiap tahun oleh pihak sekolah bagi mendoakan kejayaan anak-anak selain memperkenalkan sekolah serta ahli jawatankuasa PIBG dan beberapa agenda sekolah.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Maulidur Rasul CUIS '12



Assalamualaikum w.b.t
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda
"Sesungguhnya aku diutuskan kepada kamu adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia"



    Pada 10 Febuari bersamaan Hari Jumaat 18 Rabiu'l Awal, Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Sejajar dengan hari yang digelar 'Sayyidul Ayyam' pihak sekolah termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar bersungguh-sungguh menjayakan program ini.

Pelbagai pertandingan diadakan bersempena minggu mengingati junjungan besar Rasulullah s.a.w antaranya pertandingan deklamasi sajak, mengarang sajak, pidato dan mewarna poster.

Berikut merupakan beberapa foto yang sempat kami rakamkan :







Latihan nasyid di Tadika Cahaya Ummi



 Juri pertandingan pidato

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...