Ikuti kami di Facebook

21 September 2011

Latihan Ujian Syafawi UPKK




Assalamualaikum w.b.t
Selawat atas junjungan besar Rasulullah s.a.w
Moga-moga kita diberi syafaat di akhirat kelak
amin...

Pada minggu ini anak-anak tahun 5 yang bakal menduduki UPKK bakal mengadakan beberapa latihan bagi menduduki Ujian Lisan(Syafawi) yang merangkumi hafazan dan juga tilawah.

Latihan ini juga dijalankan oleh 'Trio' SRI Cahaya Ummi iaitu Ustaz Ismail, Ustaz Sainul dan Ustaz Roslan.Ia dijalankan di kelas tahun 4 Khalid Al-Walid.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Seminar PSRA '11





Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera atas junjungan besar Muhammad s.a.w
sama-sama kita menyambung perjuangan baginda
dalam memperjuangkan Islam
amin...

Gambar Hiasan

Tanggal 19 September bersamaan Isnin yang lepas anak-anak tahun 6 CUIS telah menghadiri satu lagi majlis ilmu iaitu 'Seminar Teknik Menjawab PSRA'.Program ini telah di adakan di Sekolah Rendah Islam Ilmi,Ampang Jaya.

Seminar ini telah di sampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Azhari Sulaiman yang mana menerangkan kaedah-kaedah serta teknik menjawab soalan bagi peperiksaan 'Penilaian Sekolah Rendah Agama' atau singkatannya disebut sebagai PSRA.Moga-moga memberi manfaat kepada anak-anak sekalian.

Akhir kata mari sama-sama kita doakan agar anak-anak kita boleh menjawab soalan pada minggu hadapan dengan tenang serta di permudahkan oleh Yang Maha Esa.Amin

Sekian,wassalam. 



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Ceramah Motivasi UPSR 2011




Assalamualaikum w.b.t 
Salam persaudaraan
Salam ceria
dari kami warga CUIS
moga-moga kita diberi kesihatan seadanya
amin..
Gambar Hiasan

Pada Jumaat yang lepas iaitu seminggu sebelum anak-anak tahun 6 seluruh Malaysia menduduki UPSR SRI Cahaya Ummi telah menghatar anak-anak tahun 6 CUIS bagi menghadiri ceramah motivasi yang bertajuk 'Di Ambang UPSR Ke Mana Saya Selepas Ini'.

Program motivasi ini telah diadakan di Pusat Kegiatan Kemas,Sri Batu Kampung Batu Muda,Kuala Lumpur yang mana penceramah pada kali ini tidak asing lagi iaitu Ustaz Umar Muhamad yang juga merupakan Pegawai Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. 

Harap maaf kerana kami tidak sempat untuk mendapatkan foto sepanjang program tersebut.Namun akhir kata ayuh sama-sama kita mendoakan agar anak-anak kita dianugerahkan kejayaan serta di tempatkan di sekolah-sekolah menengah yang bakal menjadikan mereka ilmuan yang berguna suatu haru kelak,amin.


Sekian,wassalam. 



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...