Ikuti kami di Facebook

28 Jun 2010

Motivasi Sempena Peperiksaan


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

19 Jun 2010

HARI TERBUKA


SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi akan mengadakan Hari Terbuka bagi Penilaian Kendalian Sekolah Rendah 1(PKSR 1).Justeru itu pihak sekolah menjemput tuan/puan untuk hadir pada:

Tarikh : 25/6/2010
Hari : Jumaat
Masa : 2.00 hingga 4.30 petang

Tuan/puan boleh membawa pulang pelajar setelah selesai berurusan dengan pihak sekolah. Diharap tuan/puan dapat mengesahkan kehadiran kepada guru kelas yang bagi anak-anak tuan/puan.

Kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

19 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Tanggal 16 Mei datang lagi. Pada tarikh keramat ini pasti akan diingati oleh semua insan. Pada tarikh ini, kita pasti akan mengingati jasa dan keringat seorang guru kepada kita. Biar hebat mana seorang insan itu, ianya bermula dari didikan seorang guru.

Semua tahu peranan guru. Mengajar dan mendidik. Memberitahu supaya lebih tahu. Kerana seorang guru itu penuh hemah dan hikmah. Oleh hal demikian, tanda ingatan itu perlu sentiasa mekar di hati.

Pantun Hari Guru

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.



MAKLUMAN: SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI, akan diadakan pada Jumaat, 4 Jun 2010. Semua pelajar wajib hadir dan membawa juadah. Pelajar dibenarkan pulang pada jam 2 petang pada hari tersebut. Jangan lupa ya!
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...