Ikuti kami di Facebook

17 April 2009

LAPES 1 & ICE BREAKING

LAPES 1 - LATIHAN PEMBENTUKAN SAHSIAH 1

SALAM SAYANG SEMUA..

Lapes sesi 1 telah berjaya dilaksanakan pada 20-22 Februari 2009 dengan kehadiran peserta seramai 79 orang.

Gambar akan dimasukkan lagi kerana penulis sangat rambang mata untuk memilih gambar-gambar yang terbaik untuk dikongsi. Harap bersabar. Terima kasih.

tengok lagi ye..




ICE BREAKING

Ice breaking

Salam sayang semua..

Program Ice Breaking telah diadakan pada 21 Februari 2009 yang lalu
Program ini telah dijayakan oleh semua guru CUIS dan TCU (Tadika Cahaya Ummi)bersama Pihak Pengurusan CUIS.
Ianya dilaksanakan di Rebutia Camp, di pinggiran Gombak.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan untuk mengikat ukhwah antara guru dan pengurusan.
Di samping itu, aktiviti seharian ini turut menjadi titik awal kepada semua pihak untuk mengenali dan memahami peranan masing-masing dalam organisasi. Benarlah kata pepatah- tak kenal, maka tak cinta. Apabila saling mengenali, mulalah timbul rasa cinta antara satu sama lain! InsyaAllah.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

16 April 2009

PEMBANGUNAN & PERANCANGAN INSTITUSI

  1. Memantapkan lagi kemahiran dan kewibawaan para tenaga pengajar melalui pendedahan terhadap teknik mengajar yang efisien dan efektif
  2. Meningkatkan lagi kemampuan semua tenaga pengajar dalam mengurus pengajaran dan pembelajaran para pelajar.
  3. Berusaha untuk menjadi sekolah angkat kepada Organisasi atau Yayasan yang berwibawa dan mempunyai aspirasi yang sealiran dengan visi sekolah.



  1. Menjadi ahli kepada persatuan-persatuan yang dapat mengambil berat tentang hal ehwal sekolah terutamanya sekolah swasta atau agama.
  2. Kerjasama yang erat antara pengurusan sekolah dan PIBG bagi melancarkan lagi aktiviti-aktiviti dan program pemasaran sekolah.
  3. Meningkatkan bilangan pelajar melalui:
  • Pendedahan tentang kewujudan sekolah melalui program-program kemasyarakatan penduduk setempat
  • Hasrat ibu bapa yang menghantar anak ke TCU untuk menyambung pembelajaran anak ke CUIS
  • Penggunaan saluran pemasaran seperti suratkhabar, majalah dan 'brochure' yang dihantar dari rumah ke rumah. Poster dan banner juga dipasang di kawasan sekitar; Selayang, Gombak, Kepong dan Batu Caves.
  • Pemasaran secara tidak formal melalui saluran pelajar dan ibu bapa sedia ada.
PROSPEK MASA HADAPAN

MENJADIKAN CUIS SATU ALTERNATIF PENDIDIKAN KEPADA MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN CORAK PENDIDIKAN INTEGRASI YANG MENYELURUH DAN SEIMBANG.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

JAMINAN KUALITI & PENGIKTIRAFAN

  • Menyediakan kelas intensif kepada pelajar lemah dan klinik UPSR kepada yang bakal menduduki UPSR.
  • Guru-guru sentiasa memantau prestasi pelajar baik dari segi fizikal, emosi dan daya pemikiran
  • Konsep mentor-mentee diterapkan supaya proses pemahaman lebih mudah dan berkesan
  • PKSR 1 & 2 menggunakan kertas soalan JPWP
  • Kertas ujian bulanan dan percubaan UPSR dari sekolah lain digunakan sebagai pengukur pencapaian para pelajar.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...