Ikuti kami di Facebook

03 Oktober 2012

HARI PERTAMA MINGGU PEPERIKSAAN UPSR 2012


Pada 11 September 2012 bersamaan dengan hari Selasa jam 7.30 pagi, pelajar-pelajar telah bersiap sedia untuk berangkat ke Sekolah Kebangsaan Batu Muda bagi menduduki peperiksaan UPSR. Seramai 20 orang calon pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi pada tahun ini akan menghadapi peperiksaan UPSR bagi sesi 2012.

Seawal pagi, pelajar-pelajar digalakkan untuk bangun awal bagi menunaikan sulat sunat tahajjud sebanyak dua rakaat, diikuti dengan solat fardhu Subuh dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Setibanya di sekolah, pelajar-pelajar melakukan solat sunat dhuha di dataran sekolah sebelum berangkat ke dewan peperiksaan sebagai senjata terakhir bagi meraih petunjuk dari Yang Maha Esa.

Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan dari-Nya disamping memperoleh keputusan yang cemerlang.


 


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

SLOT MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6 "DI AMBANG UPSR, KEMANA ARAH TUJU SAYA SELEPAS INI?"

Pada  7 September 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, pihak Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menganjurkan slot motivasi bagi pelajar-pelajar tahun 6 sesi 2012 bersama Ustaz Omar Bin Mohamad selaku mantan Pegawai Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak.

Slot motivasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dan ibu bapa mengenai proses-proses kemasukan ke sekolah menengah. Selain itu, slot motivasi ini juga dapat memberi beberapa panduan penting kepada pelajar sebelum menghadapi peperiksaan UPSR, PSRA, dan UPSRA yang bakal tiba tidak lama lagi.

Di samping itu, pelajar-pelajar juga telah diberi gambaran awal mengenai persediaan ke alam menengah yang akan ditempuhi oleh pelajar dalam tempoh terdekat ini. Program yang telah berlangsung selama tiga jam ini diharapkan dapat memberi banyak manfaat dan panduan kepada pelajar dan ibu bapa khususnya bagi menentukan hala tuju anak-anak mereka selepas berakhirnya minggu peperiksaan.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Sambutan Merdeka CUIS 2012

  

HARI: ISNIN HINGGA JUMAAT

PROGRAM: MINGGU KEMERDEKAAN 2012

Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menganjurkan sambutan kemerdekaan yang melibatkan semua pelajar dan guru-guru. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan negara selaras dengan tuntutan agama. Selain itu, program ini juga bertujuan mendidik para pelajar erti kemerdekaan sebenar iaitu memerdekakan diri daripada nafsu sepanjang bulan Ramadhan lalu.

Oleh yang demikian, antara program yang telah dilaksanakan ialah kuiz, pertandingan mewarna dan keceriaan sempena sambutan kemerdekaan. Program yang dilaksanakan mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru dan pelajar. Minggu kemerdekaan berakhir dengan acara kemuncak yang disambut meriah pada 30 Ogos 2012 bersamaan dengan hari Khamis. Acara tersebut dimulai dengan perhimpunan pelajar, solat dhuha dan pertandingan sajak dan mewarna.

Guru-guru juga tidak menang kalah dengan bertanding dalam aktiviti "Treasure Hunt". Aktiviti ini bertujuan menguji pengetahuan dan ketangkasan guru menjawab soalan-soalan. Adat bertanding pasti ada yang menang dan yang kalah. Kumpulan 1 memenangai pertandingan tersebut yang diketuai oleh penyampai hadiah dan fotografi mengikut kelas. Program dilaksanakan selama seminggu ini diharapkan dapat menanam semangat patriotik dan menambahkan pengetahuan am pelajar dan guru-guru.

 






Banyak lagi gambar-gambar dan juga boleh memuat turunnya dengan klik disini

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...