Ikuti kami di Facebook

10 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa bersama YB Dr Puad Zarkashi

Assalamualaikum w.b.t

21 Ramadhan 1433H bersamaan 10 Ogos 2012.

Pada 15 ramadhan 1433H bersamaan 4 Ogos 2012 telah diadakan majlis gilang gemilang. Majlis berbuka puasa bersama YB Dr Mohd Puad B. Zarkashi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis ini diadakan hasil daripada kesungguhan warga SRI Cahaya Ummi bagi bagi meletakkan sekolah ke tahap yang lebih hebat lagi.

Kehadiran YB dinantikan hampir 100 pelajar, para guru serta ahli jawatankuasa PIBG di pintu pagar sekolah sambil menggenggam bendera ditangan masing-masing. Suasanan cerita itu diserikan lagi dengan pakaian tema warna ungu yang dikenakan pada hari itu. 

Ketibaan YB disambut dengan lagu serta kibaran jalur gemilang oleh anak-anak SRI Cahaya Ummi. Majlis diteruskan dengan pembentangan slide berkenaan sekolah yang diadakan dibilik tertutup. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama pelajar tahun 6 2012 serta guru SRI Cahaya Ummi dan Ahli Lembaga PIBG. 


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

04 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Timb. Menteri Pelajaran Malaysia

Assalamulaikum w.b.t

15 Ramadhan 1433H bersamaan 4 Ogos 2012

Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi dengan berbesar hatinya akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama YB. Dr Hj. Mohd Puad Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bertempat di dataran Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi. Tentatif program seperti berikut :


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Ogos 2012

Majlis Rahmat Ramadhan 1433H


Assalamualaikum w.b.t

14 Ramadhan 1433H bersamaan 3 Ogos 2012.

Pada 28 Julai yang lalu  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi (SRICU) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Nilam (PERKIN) telah mengadakan Program Majlis Rahmat Ramadhan iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Hadiah Sumbangan Hari Raya kepada 100 orang yang dikategorikan kepada tiga kelompok utama iaitu anak-anak yatim, mualaf, fakir miskin dan ibu tunggal.

Majlis ini dimulakan dari jam 5 petang dan tamat pada jam 11 malam disertakan dengan hidangan moreh. Berikut adalah 2 tayangan multimedia yang kami sajikan pada program tersebut :


Montaj Majlis Rahmat Ramadhan 1433H











..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...