Ikuti kami di Facebook

24 Jun 2012

Program Qiamulail Perdana 1 2012






Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua?
Moga anda sihat disana
Terus menyokong SRICU
Sekolah kita bersama

Pada 22 Jun 2012 bersamaan 3 Sya'aban 1433H iaitu hari Jumaat Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan Qiamulail Perdana. Program ini diadakan buat pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 yang bakal menduduki peperiksaan besar tahun ini.

Turut diadakan juga pada malam itu pertemuan antara guru-guru SRICU dengan ibu bapa pelajar-pelajar tahun 6 bagi mengadakan perbincangan perkembangan anak masing-masing. Berikut merupakan gambar yang sempat dirakamkan oleh lensa kami :



Ustaz Roslan bersama penceramah jemputan Ustaz Dhani Firdaus(Kanan)




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

23 Jun 2012

Sambutan Hari Guru CUIS '12



Pada 18 Mei 2012 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Pada hari tersebut iaitu hari Jumaat pelajar dibenarkan pulang awal seusai program ini. Sambutan ini dijadikan sebagai program wajib di dalam takwim perjalanan akademik sekolah. Dimulakan dengan ucapan aluan serta beberapa aktiviti yang menarik. Berikut merupakan beberapa foto yang sempat kami rakamkan :



Guru-guru indah berseri


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

12 Mei 2012

Hebahan"Hari Guru & Majlis Pengisian Ilmu"




Assalamualaikum w.b.t

Pada minggu ini insyaAllah Sekolah Rendah Islam Cahaya ummi akan mengadakan 2 program iaitu:


SAMBUTAN HARI GURU CUIS 2012

Hari      : Jumaat (18 Mei 2012)

Tempat : Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi

Antara akitiviti menarik : Persembahan pelajar, anugerah guru dan permainan

*Pelaja dibenarkan pulang pada jam 1 tengahari.


MAJLIS PENGISIAN ILMU(Anjuran PIBG SRICU)

Hari             : Sabtu (19 Mei 2012)

Waktu         : Jam 9.30 pagi

Tempat        :Surau Ibrahimiah Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur

Penceramah : Ustaz Mohd Fauzi Mustafa (Duta Produk Jus Tok Guru & Penceramah mingguan di rancangan Wahyu Al-Zikra di radio KLFM)

Tajuk :Cabaran Anak-Anak Hari Ini Tanggungjawab Bersama

Pastikan kehadiran anda dan jangan lepaskan peluang ini! Sekian, wassalam.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...