Ikuti kami di Facebook

20 September 2011

Rumah Terbuka Eidulfitri CUIS '11




Assalamualaikum w.b.t
Kaifa halukum?
kami berharap agar kita semua terus di berkati Allah 
di dalam bulan syawal ini
amin...

Pada 15 September bersamaan hari Khamis yang lepas Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan majlis 'Rumah Terbuka Eidulfitri'.Sambutan kali ini diadakan bagi meraikan kehadiran para Ibu Bapa serta penduduk setempat selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga CUIS serta para Ibu Bapa dan penduduk setempat.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

19 September 2011

Peperiksaan UPSR 2011




 Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar semua?
harap-harap di dalam keadaan sihat sejahtera 
dan di redhai Allah
Amin.

  Pada 13 sehingga 15 September yang lalu,pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).Ia berlangsung di Sekolah Kebangsaan Batu Muda yang terletak belakang SRICU sendiri.

Reaksi yang memberangsangkan daripada pelajar-pelajar telah menggambarkan kepuasan di dalam diri
 masing-masing.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

11 September 2011

Majlis Perpisahan Ustaz Hakimi & Ustazah Nazirah

Assalamualaikum w.b.t
Kaifa halukum al'an?
Insyallah sihat semuanya.


Setelah hampir lapan bulan Ustaz Hakimi dan Ustazah Nazirah berbakti kepada Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi kini SRICU terpaksa menerima kehilangan mereka yang mana telah di dahului oleh Ustaz Adha.Mereka berdua sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Islam Malaysia(USIM).

Pada  6 September 2011 bersamaan hari Selasa SRICU telah mengadakan jamuan perpisahan bagi mengucapkan selamat berjuang kepada Ustaz Hakimi dan Ustazah Nazirah serta memberi penghormatan terakhir atas jasa bakti mereka selama mana berada di bumi SRICU yang tercinta.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...