Ikuti kami di Facebook

16 Julai 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR,PSRA dan UPSRA

Assalamualaikum w.b.t

  Setelah lama kita meniti hari akhirnya kita sudah pun sampai ke penghujung tahun tanpa kita sedari,namun masa yang berlalu tidak boleh di kembalikan semula kerana itu semua ketentuan Allah sejak azali lagi.

  Justeru itu pada 4,5,11,12 dan 13 Julai telah di adakan Peperiksaan percubaan UPSR,UPSRA dan UPSRA yang mana ia bertujuan untuk menguji tahap persedian pelajar bagi menghadapi 3 peperiksaan ini.Keputusan peperiksan percubaan ini akan di masukkan ke dalam sistem untuk semakan pihak kementerian.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

08 Julai 2011

Hebahan 'SOUQ ALHADHARI'(Hari Usahawan)

Gambar Hiasan
Assalamualaikum w.b.t

     Moga-moga Allah sentiasa memayungi kita dengan payung 'Rahmat'NYA sehingga ke Syurga,Amin.Saatnya sudah tiba iaitu pada tarikh 10 Julai ini akan diadakan 'SOUQ AL-HADHARI' iaitu Hari Usahawan yang akan berlangsung di perkarangan SRI Cahaya Ummi.

   Sehubungan dengan itu pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan/puan/en/cik bersama keluaga ke program tersebut bagi memeriahkan lagi suasana.Terdapat pelbagai aktiviti menarik,antaranya pertandingan nasyid,gerai-gerai jualan dan banyak lagi.


Gambar Hiasan
Kehadiran pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.Sekian.Wassalam.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Julai 2011

The Making Of Hari Usahawan '11

Assalamualaikum w.b.t

   Ucapan syukur yang tidak terhingga di panjatkan keatas Allah s.w.t atas nikmat iman dan islam serta nikmat pinjamannya di muka bumi ini.Membilang hari yang mendatang, sekolah kita sedang sibuk dengan persedian bagi menghadapi hari yang 'besar' itu.Antaranya ialah mesyuarat bersiri dari kalangan ajk-ajk program serta latihan nasyid sekolah.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...