Ikuti kami di Facebook

14 Jun 2011

Makluman perjumpaan Ibu Bapa

Asssalamualaikum w.b.t

Gambar Hiasan


  Sukacita dimaklumkan pada 17 Jun 2011 bersamaan hari Jumaat akan diadakan perjumpaan ibu bapa yang bertempat di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

 Perjumpaan ini rentetan daripada hasil peperiksaan PKSR 1 yang berlangsung dari 20 Mei hingga 27 Mei 2011 dari jam 2 petang sehingga pukul 4 petang.Pihak sekolah berharap agar tuan/puan dapat memberi kerjasama dengan menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini bagi mengetahui sama ada pelajaran anak-anak mereka meningkat atau sebaliknya.

 Berikut merupakan persiapan guru-guru menghadapi hari tersebut:








 Terima kasih atas kerjasama kalian,harap maklum.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

08 Jun 2011

Kelas Intensif Cuti Sekolah

Assalamualaikum w.b.t

  Cuti sekolah sedang meniti saat untuk berakhir,tetapi Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi tidak akan membiarkan para pelajarnya membuang masa cuti mereka dengan perkara atau aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada mereka.

  Justeru itu sekolah dibuka selama 10 hari dari pukul 8 pagi sehingga pukul 12 tengah hari.Polisi kali ini tidak memaksa pelajar untuk hadir ke kelas intensif,kerana ia diadakan bagi pelajar-pelajar yang 'berkelapangan' sahaja.Namun begitu kehadiran ke kelas intensif ini boleh dikatakan pada tahap memuaskan.Kelas pula diadakan mengikut guru-guru yang bertugas mengikut giliran mingguan.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

29 Mei 2011

Tamatnya PKSR 1 & Selamat Bercuti Kepada Keluarga Besar CUIS

Assalamualaikum w.b.t

 Setelah memerah keringat di dalam pertempuran di medan jihad PKSR 1 dari 20 Mei sehingga 27 Mei 2011 akhirnya dengan rahmat Allah seluruh angkatan 'perang' CUIS beserta 'General'(guru) mereka akan diberi cuti selama 14 hari mulai 28 Mei sehingga 12 Jun.Pihak sekolah berharap agar semua ahli keluarga besar CUIS bercuti dengan selamat,jaga kesihatan dan yang paling penting hendaklah tidak meninggalkan amalan-amalan wajib serta banyakkan amalan-amalan sunat.Justeru itu sekali lagi pihak SEKOLAH RENDAH ISLAM CAHAYA UMMI mengucapkan selamat bercuti kepada anda semua(jangan lupa baca buku):))
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...