Ikuti kami di Facebook

02 Mei 2011

Sambutan Maulidur Rasul & Mesyuarat PIBG '11

 Assalamualaikum w.b.t

  Setelah selesai sambutan 'Hari Munajat',sekolah kami telah mengadakan Sambutan Majlis Maulidur Rasul  peringkat sekolah serta mesyuarat PIBG. Majlis Maulidur Rasul CUIS 2011 ini ialah bertujuan untuk memperingati kelahiran Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi dan rasul akhir zaman.
   
   Selaian untuk melengkapkan jadual,majlis ini juga bertujuan untuk memastikan kita sebagai warga CUIS untuk sentiasa menperingati perjuangan Rasullah S.A.W dan juga para sahabat baginda yang mana mereka bertungkus lumus melebarkan agama Allah ini sehingga keseluruh pelusuk dunia amnya dan Malaysia khususnya.


  Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ialah seperti berikut :


                                 8:00a.m           :  Perarakan pelajar mengikut 
                                                           persatuan

                                 9.00am            :  Mesyuarat PIBG
                                             : Sarapan pagi (Pelajar)
                                            :Pertandingan mewarna
                                            :Tayangan video
                                10.30am          :  Minum pagi (PIBG)
                                11.00am          :  Ceramah Maulidur rasul
                                12.00pm          :  Jamuan
                                1.00pm            :  Bersurai
 Selain itu pihak sekolah juga mengadakan beberapa pertandingan antaranya mewarna,kuis,menulis sajak dan perarakan mengikut persatuan.

 Antara rakaman foto yang sempat kami paparkan seperti berikut :   


                                     






 Gelagat anak-anak CUIS



 Para ibu bapa turut berarak




Para pelajar menonton video dengan penuh minat



Mesyuarat PIBG 2011




 Ceramah Maulidur Rasul dan majlis penyampaian hadiah dan saguhati



 Ustaz Hasnil sempat hadir memberi sokongan walaupun beliau terlibat dalam program lain

Akhir kata kami berharap agar program begini dapat muemupuk rasa cinta kepada Allah dan Rasulnya tanpa berbelah bahagi dan moga ia terus berkekalan di sana kelak,amin.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Daurah Kepimpinan '11




Assalamualaikum w.b.t

    Salam pertemuan kembali kepada semua warga CUIS dan mereka-mereka yang berada sebaris dengan perjuagan yang suci ini.Tanggal 14,15,16 Mac yang lalu Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan kem 'Daurah Kepimpinan' yang bertempat di Taman Rimba Komanwel,Rawang.Ia berdekatan dengan Tesco Rawang.

    Kem ini bertujuan bagi memupuk kesedaran para pemimpin sekolah atas tanggungjawab dan amanah yang berat terletak pada bahu mereka,agar mereka melaksanakan ia dengan penuh rasa tanggungjawab.Pelajar yang menyertai kem ini terdiri daripada para pengawas,pustakawan dan pelajar harapan.

   Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan,antaranya slot ketuhanan,keibu bapaan,qiamuallail,jungle tracking dan lain-lain.

 Berikut merupakan foto-foto yang sempat kami rakamkan :









Pengenalan tentang tempat perkhemahan dan teknik memasang khemah



 Aktiviti Jungle Tracking :









 Sekitar aktiviti berlangsung :

















Kesimpulannya,kami berharap agar natijah daripada kem ini mampu membentuk keperibadian mulia dikalangan para pemimpin CUIS hatta secara perlahan sekalipun.Sekian buat masa ini.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

01 Mei 2011

Lawatan Ilmiah Imam Muda Azhar '11

                                                        

Assalamualaikum w.b.t

 Sekalung penghargaan kepada teman semua yang terus-menerus menyokong dan berada sebaris di dalam perjuangan suci ini,

  Tanggal 7 Mac Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah dilawati salah seorang 'Ulama' Muda' kelahiran program realiti television 'IMAM MUDA' iaitu Imam Muda Azhar.Kedatangannya hasil usaha pihak pengurusan sekolah dan PIBG serta guru-guru CUIS sendiri.

   Kedatangannya diisi dengan pelbagai program antaranya,ceramah motivasi ringkas bersama para pelajar tahap 2 CUIS,selepas itu ceramah motivasi penuh diadakan di surau Ibrahimiah dengan dikumpul semua pelajar CUIS sendiri sambil disediakan kuis-kuis dan hadiah-hadiah untuk dimenangi oleh anak-anak CUIS.Lawatan beliau diakhiri dengan sesi fotografi dan hidangan tengah hari.Selepas selesai solat zohor,ustaz Hasnil mengiringi beliau pulang,

  Berikut merupakan gambaran keselururhan majlis tersebut:








Suasana ketika ceramah motivasi ringkas bersama pelajar tahap 2



Imam muda Azhar menurunkan tanda tangan beliau pada bunting





 Suasana ketika majlis ramah mesra bersama beliau

Sesi fotografi :


 Pelajar tahun 1 Abu Bakar & Umar


 Pelajar tahun 2 Uthman & Ali


 Pelajar tahun 3 Abu Hurairah & Zubair


 Pelajar tahun 4 Khalid


 Pelajar 5 Amru al-A's


 Pelajar tahun 6 Zaid & Muaz



 Bersama tenaga pengajar CUIS '11



Jamuan tengah hari di kelas 3 Zubair

Sekian sahaja buat masa ini,kami berharap agar kekuatan ini dikekalkan untuk mendidik anak bangsa tentang agama , bangsa dan negara.Syukran.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...