Ikuti kami di Facebook

09 April 2010

LAPORAN HARI USAHAWAN

Alhamdulillah. Hari Usahawan yang telah diadakan dengan jayanya.



Pada hari tersebut, semua pelajar bergembira kerana dapat mengambil peluang membeli dan menjual produk-produk di gerai-gerai mereka. Ada jua yang leka menari-nari serta berhibur dengan persembahan pelajar. Acara diserikan jua dengan kehadiran Badut yang menceriakan suasana. Pelbagai pilihan makanan boleh dilihat seperti Soto, Donut, Buah-buahan, Cheese Tart, Laksa, Air yang beraneka warna dan rasa.

Berikut ialah anugerah mengikut kategori yang telah dipertandingkan.

Gerai Paling Cemerlang: 6 Zaid Harithah
Gerai Paling Bersih : 6 Zaid Harithah
Tokoh Usahawan Tahap 2: Muhammad Siddiq Adenan (6 Zaid Harithah)
Tokoh Usahawan Tahap 1: Anis Shafiqah (3 Abu Hurairah)

Usahawan cilik:

1 Abu Bakar: Adli Nurfathi Khairul Anwar
1 Umar Al-Khattab: Muhammad Irfan Sharin Anam
2 Usman bin Affan:
2 Ali bin Abi Talib:
4 Khalid Al-Walid: Nur Naqueisha Balqis Mohd.Zafir
5 Zubair Al-Awwam:Nur Izzah Mohd.Zain
5 Amru Al-As:Muhammad Erfan bin Abd.Hamid

Promoter terbaik: Izzat Shauqi Mohd.Rosli

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

07 April 2010

TEMASYA SUKAN 2010



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA

Temasya sukan tiba lagi. Dan bulan ini adalah bulan yang disukai oleh anak-anak pelajar. Pada bulan ini dan kini sudah pun bermula iaitu Minggu Latihan Sukan. Pada 3 minggu ini, pelajar dibenarkan memakai pakaian sukan. Mereka telah diberi jadual bagi mengikuti latihan-latihan sukan yang bakal dipertandingkan pada temasya nanti.

Rumah manakah yang bakal menjulang sebagai juara? Khemah pasukan manakah yang tercantik? Perbarisan pasukan manakah yang terbaik? Semuanya akan dinilai pada Temasya nanti yang akan berlangsung pada Sabtu, 24 April 2010.

Kad jemputan akan diedarkan. Dan peringatan kepada semua ibubapa agar mendaftarkan diri dahulu sewaktu hari kejadian dan mengambil kupon untuk makanan tengahari.

Berikut ialah tentatif bagi Temasya yang dinanti-nantikan.

7.15 pagi: Pendaftaran ibubapa dan pembahagian kupon makanan
7.30 pagi: Murid berkumpul di Padang Permainan
Kg Batu Muda Tambahan
7.45 pagi: Ketibaan jemputan
8.00 pagi: Perbarisan masuk para kontinjen
8.30 pagi: Bacaan doa dan perasmian
8.45 pagi: Acara sukan bermula

Baling Pundi T1 & T2
Lari 100m (L) T2
Lari 100m (P) T2
Tarik bola dengan gelung T1
Lari 100m berpagar (L) T2
Lari 100m berpagar (P) T2
Susun Tin T1 & T2
Lari Dalam Guni T1 & T2
Lari 200m (L) T2
Lari 200m (P) T2
Pecah Belon T1
Lari 4x50m (L/P) T1
Lari 50m (L) T1
Lari 50m (P) T1
Acara ibubapa & guru

11.45 pagi: Penyampaian hadiah
12.20 t/hari: Penutup & bacaan tasbih kaffarah


Semoga persaingan yang wujud di antara empat-empat buah rumah pasukan ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar. Teruskan usaha kepada Nilam, Delima, Zamrud dan Berlian!






..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

10 Mac 2010

CUIS@FACEBOOK


SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Sebagai menyahut arus kemodenan, SRICU tidak terkecuali memiliki akaun percuma di laman sosial facebook.

Tuan/puan dan pelajar disarankan untuk mengikuti perkembangan terkini perihal sekolah di laman tersebut. Semoga usaha untuk mengembangkan ilmu dan mempopularkan potensi sekolah kita tercapai.

Tuan/puan serta pelajar boleh mencari akaun sricuis@gmail.com atau sricu/cuis pada kekunci "CARI/SEARCH" dan klik untuk mendaftar sebagai kawan.

Ayuh kita bersama meriahkannya.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...