Ikuti kami di Facebook

10 Januari 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Alam 1431hijri adalah alam yang cukup indah. Mentari 2010 jua bersinar terang. Tanggal 4 Januari adalah tarikh yang mendebarkan khusus buat anak-anak pelajar yang baru menjengah alam Darjah Satu. Tarikh ini jua merupakan tarikh permulaan sekolah bagi anak-anak pelajar yang lain.

Pihak sekolah merakamkan ribuan terima kasih buat semua ibubapa yang masih setia bersama kami. Memberi kepercayaan untuk mengekalkan anak-anak belajar di SRICU adalah satu penghargaan dan kebanggaan.

Selamat datang jua buat anak-anak pelajar (bukan darjah satu) yang pertama kali belajar di sini. Respon yang kami terima, -kami seronok berada di sini, makan bersama, solat bersama, belajar bersama-

Semoga mentari tahun baru ini, akan terus memberi semangat baru buat anak-anak pelajar dan jua guru untuk memberi dan mendapat pendidikan yang terbaik demi merebut cinta Allah SWT.
:flower:

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

MINGGU ORIENTASI



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!

Bermula 4-8 Januari ialah merupakan minggu orientasi bagi SRICU. Minggu Orientasi ini ialah minggu untuk suaikenal antara pelajar dan guru. Pada minggu ini jua, pelajar ditempatkan di kelas masing-masing dan mereka diberi peluang untuk berkenalan bersama-sama. Pelajar senior akan membantu adik-adik ketika makan pagi, tengahari dan petang. Tak dilupakan pelajar senior membantu adik-adik ketika mengambil wudhuk untuk solat berjemaah Zuhur dan Asar.

Majlis penutup minggu Orientasi di adakan pada petang Jumaat di Surau Ibrahimiah dan disempurnakan oleh dua orang abang Fasi iaitu Abg Hafiz dan sahabatnya.Semoga anak-anak pelajar akan terus bersemangat untuk belajar dan berjaya.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

16 Disember 2009

PERJUMPAAN IBUBAPA



SALAM ALAIK DAN SALAM SEJAHTERA!
MAKLUMAN KEPADA SEMUA IBUBAPA!

PADA 2 JANUARI 2010,IAITU SABTU, AKAN DIADAKAN SATU PERJUMPAAN PERDANA ANTARA IBUBAPA DAN GURU-GURU. KEDATANGAN ADALAH DIWAJIBKAN.

BAGI PELAJAR TAHUN SATU 2010, UJIAN PENILAIAN AKAN DIADAKAN PADA JAM 9 PAGI. KEDATANGAN ADALAH DIWAJIBKAN.

sebarang masalah, boleh dirujuk kepada pihak sekolah.
Terima Kasih.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...