Ikuti kami di Facebook

06 November 2009

Sumbangan Buku Teks

MEMO DALAMAN

Tarikh: 29 Oktober 2009
Kepada: Semua ibubapa pelajar Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi
Daripada:Pihak Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi
Subjek: Sumbangan Buku Teks




Makluman kepada semua ibubapa bahawa pihak sekolah sedang mengumpul buku-buku teks terpakai untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan. Oleh hal yang demikian, sukacita dimaklumkan sekiranya pihak tuan/puan mempunyai buku-buku tersebut dapatlah diserahkan kepada pihak sekolah pada 7hb November 2009 (Sabtu) sempena Hari Terbuka dan Hari Pendaftaran. Namun begitu, pihak kami masih menerima selepas pada tarikh tersebut sekiranya ada. Segala jasa baik tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih dan harap maklum.


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

MAKAN MALAM@CUIS

Pada 14 Ogos 2009 yang lalu, satu majlis makan malam telah diadakan di Restoran Haslam, Setapak. Majlis yang kerap-kali ditunda ini diadakan untuk menemukan warga-warga Cahaya Ummi, baik guru, anggota pengelola mahupun ibubapa.

Acara dimulakan dengan alunan zikir dan dipengerusikan oleh Ustaz Muhammad Hasnil. Acara seterusnya ialah ucapan dari penaja yakni Kapten Karim Gulapdin. Seterusnya sesi luahan (atau bingkisan kata) dari setiap hadirin yang hadir. Baik guru mahupun pasangan, hatta ibubapa diwajibkan melontar idea, komenan dan harapan tentang Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi.

Jamuan malam itu, memang sangat mengenyangkan dan masing-masing pulang dengan kegembiraan. Apa yang penting, objektif perjumpaan untuk merapatkan tali silaturrahim harapnya terus utuh walau di mana masing-masing berada.

InsyaAllah, program sebegini akan lebih kerap dijalankan bagi mewujudkan persamaan dan kefahaman dalam satu matlamat.





..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

05 November 2009

HARI TERBUKA


Peringatan buat semua ibubapa!

Hari Sabtu ( 7 November 2009) ini jua adalah Hari Terbuka yakni hari untuk mendapatkan keputusan anak-anak dalam PKSR 2 baru-baru ini.


Besarlah harapan kami agar kalian dapat menghadirkan diri. Mohon kerjasama untuk memaklumkan kepada guru kelas anak-anak sekiranya tuan/puan tidak dapat menghadirkan diri.

Kami tunggu dengan tangan terbuka! Majlis bermula dari jam 8.30 pagi-1 tengahari ye.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...