Ikuti kami di Facebook

01 Oktober 2009

RAMADHAN KAREEM



ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai Tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu
"ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..Ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .Dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin.....


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

02 September 2009

PROGRAM BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT

Kepada,
Ibu bapa pelajar Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi


Prof/Dato’/Datin/Dr/Ir/Tuan/Puan/,


JEMPUTAN HADIR KE PROGRAM BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT



Saya diarahkan merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penganjur Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi akan mengadakan Program Berbuka Puasa dan Solat Hajat 2009. Program akan berlangsung seperti perkara tersebut:

Nama Program : Program Berbuka Puasa dan Solat Hajat 2009
Tarikh : 5 September 2009m
Bersamaan : 15 Ramadhan 1430h
Tempat : Surau Ibrahimiah, Kg Batu Muda

3. Program yang diadakan ini adalah untuk merapatkan ukhwah antara ibubapa dan pelajar serta penduduk setempat. Antara aktiviti yang bakal diadakan adalah bacaan Yasin dan solat hajat Tujuan aktiviti ini dilakukan untuk bersama-sama memohon doa agar diberi kejayaan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR/ UPSRA.


4. Harapan kami, pihak tuan/puan sudi bersama-sama menjayakan program ini. Tentatif program disertakan di helaian seterusnya sebagai rujukan pihak tuan/puan. Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan/puan dapat membawa kuih-muih untuk perkongsian bersama.

5. Sila kembalikan surat jawapan kedatangan kepada kami. Sebarang masalah atau pertanyaan
berhubung dengan program boleh diajukan kepada :

Pengarah Program : Puan Nor Afizah Kamaruddin
014-3200754

Setiausaha Program : Puan Rafiah Yusof
017-9752635

*************************************************************************************

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

21 Ogos 2009

QIAMULLAIL




Program Qiamullail telah diadakan di SRICU pada 15 Ogos yang lalu. Ketiga-tiga program ini khas kepada pelajar Tahun 5 & 6 dan terbuka kepada pelajar Tahun 5 & 6 bagi SK Batu Muda. Tetapi, kedatangan pelajar SMK Batu Muda turut dialu-alukan.

Tinjauan dibuat, pelajar-pelajar luar berkenaan tinggal di kampung berhampiran seperti Kampung Batu Muda dan Kampung Sri Batu.




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...