Ikuti kami di Facebook

15 November 2013

Anugerah Kecemerlangan 2013 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi




#Assalamualaikum w.b.t. 

[Pengumuman]

Pada 16 November 2013 (Sabtu) ini, pihak #SRICU berbesar hati ingin menjemput seluruh bekas ibu bapa dan bekas pelajar Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi untuk menghadiri ke Anugerah Kecemerlangan 2013 SRICU yang bertempat di dataran SRICU.

Kehadiran anda semua memeriahkan majlis amat kami alu-alukan.

Jumpa disana ya, insyaAllah.

Terima kasih 

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

23 Ogos 2013

Solat Hajat Perdana, Larian Jogathon dan Rumah Terbuka 2013 SRICU

Assalamualaikum.

Dijemput seluruh warga SRICU, bekas pelajar dan guru serta keluarga ke majlis ini pada

 Sabtu, 24 Ogos 2013.

Kehadiran anda semua amat dialu-alukan, jumpa disana esok, insyaAllah. 

Terima kasih.



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

24 Jun 2013

PROGRAM HARI USAHAWAN 2013 SOUQ AL HADHARI@SRICU




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

10 Mei 2013

Majlis Pengisian Ilmu Bersama Ustazah Nik Salida Suhaila Nik Salleh (18 Mei 2013)

Marilah Bersama Memeriahkan Majlis Ilmu!


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

23 April 2013

Majlis Pengisian Ilmu Bersama Dr. Robiah K. Hamzah (27 April 2013)

Marilah Bersama Memeriahkan Majlis Ilmu!



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Temasya Sukan Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi 2013

Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkanNya. Tahun ini, RUMAH HIJAU (KHAIBAR) telah dinobatkan sebagai JUARA keseluruhan Temasya Sukan Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi 2013. Tahniah diucapkan!

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program sukan tahunan SRICU 2013.

Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar semasa sukan, sila klik link dibawah sekali untuk paparan selebihnya.




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

11 Mac 2013

Majlis Pengisian Ilmu Bersama Ustazah Asni Binti Abu Mansor



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

14 Februari 2013

Majlis Pengisian Ilmu Bersama Ustazah Norhafizah Musa



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Januari 2013

Sesi Persekolahan 2013 Bermula

لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُl


Selamat Datang Diucapkan Kepada Pelajar-Pelajar Baru SRICU 2013











..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

31 Oktober 2012

Jemputan Untuk Alumni SRICU ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang



..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

09 Oktober 2012

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA 2012

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah diadakan pada 14 September 2012 (Jumaat) bersamaan dengan 27 Syawal 1433H. Majlis ini telah diadakan di dataran Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi bermula jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis. Seterusnya, ucapan daripada Guru Besar Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi dan diikuti pula oleh bacaan doa dan tazkirah raya daripada Ustaz Mohamad Hasnil B. Abu Bakar, ahli lembaga SRICU merangkap pengerusi Amal Mabrur.

 

Acara yang ditunggu-tunggu adalah penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan pelajar SRICU dan seterusnya jamuan makan. Majlis ini bertambah meriah dengan kehadiran Datuk Haji Yahaya Bin Mat Ghani @ Abbas, ketua UMNO Bahagian Batu, Prof. Dominic Lau Hoe Chai, PGRM dan kehadiran tetamu kira-kira 800 orang. Untuk makluman, majlis ini adalah dengan kerjasama dengan NGO Amal Mabrur.

 
 
  

Lagi gambar-gambar menarik pada Majlis Sambutan Hari Raya 2012, klik disini.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

04 Oktober 2012

MAJLIS PENGISIAN ILMU BERSAMA USTAZ HANAFIAH


Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menganjurkan sebuah  program “ Majlis Pengisian Ilmu” pada hari  Sabtu (22 September 2012) bersamaan 6 Zulkaedah 1433. Majlis Pengisian Ilmu ini diadakan di Surau Ibrahimiah pada pukul 9.30-11.00 pagi. Penceramah jemputan pada bulan ini ialah Ustaz Hanafiah Abdul Malik yang merupakan penceramah jemputan (Tanyalah Ustaz TV9). 

Topik ceramah adalah berkisarkan soal pendidikan anak-anak dan juga keibubapaan. Program ini di anjurkan oleh pihak PIBG Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi yang mana ianya berbentuk penyampaian tazkirah atau ceramah oleh penceramah jemputan. 

Disamping itu, program ini merupakan majlis ilmu bulanan yang dianjurkan oleh pihak PIBG untuk semua warga SRICU dan ahli khairiah setempat. Program ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang memuaskan dari warga SRICU dan juga warga setempat. 

Disamping untuk mendapat dana dan sumbangan untuk tabung PIBG, objektif program “Majlis Pengisian Ilmu” ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim dikalangan warga SRICU dan juga ahli khairiah setempat.


 


 

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Oktober 2012

PROGRAM: UJIAN KELAYAKAN PENGAMBILAN PELAJAR SESI 2013




Ujian kelayakan pengambilan pelajar untuk sesi 2013 diadakan dalam 2 sesi. Ujian sesi 1 akan diadakan pada 22 September 2012. Walaubagaimanapun, bagi pelajar yang tidak dapat hadir pada ujian sesi 1, pelajar boleh menduduki ujian pada sesi 2 yang bertarikh 6 Oktober 2012. Ujian ini dilaksanakan untuk pelajar baru bermula daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 yang ingin bersekolah di Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi untuk sesi 2013.

Ujian kelayakan ini dijalankan bertujuan menilai potensi dan tahap pembelajaran pelajar sebelum diterima masuk ke Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi. Pelajar baru akan dinilai dari segi kemahiran membaca, menulis, dan mengira yang merangkumi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Jawi dan bacaan Iqra'. Berikut merupakan maklumat ujian kelayakan pengambilan pelajar untuk sesi 2013:

Sesi 1
Tarikh   : 22 September 2012 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi

Sesi 2
Tarikh   : 6 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa    : 9.00 pagi
Tempat : Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi

Pihak ibu bapa perlu membawa bersama dokumen-dokumen berikut semasa sesi ujian dilaksanakan:
1) Salinan sijil kelahiran pelajar
2) Salinan kad pengenalan bapa
3) Salinan kad pengenalan ibu
4) Salinan buku imunisasi (bagi pelajar Tahun 1 sesi 2013)
5) Salinan buku rekod kesihatan (bagi pelajar Tahun 2 - Tahun 6 sesi 2013)
6) Gambar berukuran pasport (2 keping)
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

HARI PERTAMA MINGGU PEPERIKSAAN UPSR 2012


Pada 11 September 2012 bersamaan dengan hari Selasa jam 7.30 pagi, pelajar-pelajar telah bersiap sedia untuk berangkat ke Sekolah Kebangsaan Batu Muda bagi menduduki peperiksaan UPSR. Seramai 20 orang calon pelajar tahun 6 Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi pada tahun ini akan menghadapi peperiksaan UPSR bagi sesi 2012.

Seawal pagi, pelajar-pelajar digalakkan untuk bangun awal bagi menunaikan sulat sunat tahajjud sebanyak dua rakaat, diikuti dengan solat fardhu Subuh dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Setibanya di sekolah, pelajar-pelajar melakukan solat sunat dhuha di dataran sekolah sebelum berangkat ke dewan peperiksaan sebagai senjata terakhir bagi meraih petunjuk dari Yang Maha Esa.

Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan dari-Nya disamping memperoleh keputusan yang cemerlang.


 


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

SLOT MOTIVASI PELAJAR TAHUN 6 "DI AMBANG UPSR, KEMANA ARAH TUJU SAYA SELEPAS INI?"

Pada  7 September 2012 bersamaan dengan hari Jumaat, pihak Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menganjurkan slot motivasi bagi pelajar-pelajar tahun 6 sesi 2012 bersama Ustaz Omar Bin Mohamad selaku mantan Pegawai Pendidikan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Gombak.

Slot motivasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar dan ibu bapa mengenai proses-proses kemasukan ke sekolah menengah. Selain itu, slot motivasi ini juga dapat memberi beberapa panduan penting kepada pelajar sebelum menghadapi peperiksaan UPSR, PSRA, dan UPSRA yang bakal tiba tidak lama lagi.

Di samping itu, pelajar-pelajar juga telah diberi gambaran awal mengenai persediaan ke alam menengah yang akan ditempuhi oleh pelajar dalam tempoh terdekat ini. Program yang telah berlangsung selama tiga jam ini diharapkan dapat memberi banyak manfaat dan panduan kepada pelajar dan ibu bapa khususnya bagi menentukan hala tuju anak-anak mereka selepas berakhirnya minggu peperiksaan.
..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Sambutan Merdeka CUIS 2012

  

HARI: ISNIN HINGGA JUMAAT

PROGRAM: MINGGU KEMERDEKAAN 2012

Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah menganjurkan sambutan kemerdekaan yang melibatkan semua pelajar dan guru-guru. Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan negara selaras dengan tuntutan agama. Selain itu, program ini juga bertujuan mendidik para pelajar erti kemerdekaan sebenar iaitu memerdekakan diri daripada nafsu sepanjang bulan Ramadhan lalu.

Oleh yang demikian, antara program yang telah dilaksanakan ialah kuiz, pertandingan mewarna dan keceriaan sempena sambutan kemerdekaan. Program yang dilaksanakan mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru dan pelajar. Minggu kemerdekaan berakhir dengan acara kemuncak yang disambut meriah pada 30 Ogos 2012 bersamaan dengan hari Khamis. Acara tersebut dimulai dengan perhimpunan pelajar, solat dhuha dan pertandingan sajak dan mewarna.

Guru-guru juga tidak menang kalah dengan bertanding dalam aktiviti "Treasure Hunt". Aktiviti ini bertujuan menguji pengetahuan dan ketangkasan guru menjawab soalan-soalan. Adat bertanding pasti ada yang menang dan yang kalah. Kumpulan 1 memenangai pertandingan tersebut yang diketuai oleh penyampai hadiah dan fotografi mengikut kelas. Program dilaksanakan selama seminggu ini diharapkan dapat menanam semangat patriotik dan menambahkan pengetahuan am pelajar dan guru-guru.

 






Banyak lagi gambar-gambar dan juga boleh memuat turunnya dengan klik disini

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

22 Ogos 2012

Majlis Khatam Al-Quran 2012


4 Syawal 1433H bersamaan 22 Ogos 2012


Pada 27 Ramadhan 1433H bersamaan 16 Ogos 2012 iaitu hari Khamis SRI Cahaya Ummi telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Majlis ini diadakan sehari selepas cuti sekolah secara serentak seluruh Malaysia yang jatuh pada hari Rabu.

Secara ringkasnya majlis diadakan seawal jam 8 pagi. Dimulakan dengan bacaan dari Surah Adh-Dhuha sehingga Surah An-Nas oleh peserta-peserta khatam yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan tahun 6. Majlis diteruskan dengan bacaan hafazan surah-surah lazim oleh wakil setiap tahun.

Seperti tahun yang lalu akan ada guru-guru yang bakal meninggalkan sekolah sejurus selepas cuti raya, pada tahun ini Ustaz Hasyir bakal menamatkan khidmatnya di sekolah bagi menyambung pengajiannya dalam peringkat PhD.

Juga guru yang akan meninggalkan sekolah ini ialah Sir Fathullah yang bakal menyambung pengajian beliau dalam bidang kedoktoran. Ucapan terima kasih sekolah atas pengorbanan serta jasa kalian kepada kami. Kami semua mendoakan kejayaan para asatizah di masa akan datang insyaAllah.

Berikut gambar yang sempat kami dapatkan :




..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

10 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa bersama YB Dr Puad Zarkashi

Assalamualaikum w.b.t

21 Ramadhan 1433H bersamaan 10 Ogos 2012.

Pada 15 ramadhan 1433H bersamaan 4 Ogos 2012 telah diadakan majlis gilang gemilang. Majlis berbuka puasa bersama YB Dr Mohd Puad B. Zarkashi iaitu Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Majlis ini diadakan hasil daripada kesungguhan warga SRI Cahaya Ummi bagi bagi meletakkan sekolah ke tahap yang lebih hebat lagi.

Kehadiran YB dinantikan hampir 100 pelajar, para guru serta ahli jawatankuasa PIBG di pintu pagar sekolah sambil menggenggam bendera ditangan masing-masing. Suasanan cerita itu diserikan lagi dengan pakaian tema warna ungu yang dikenakan pada hari itu. 

Ketibaan YB disambut dengan lagu serta kibaran jalur gemilang oleh anak-anak SRI Cahaya Ummi. Majlis diteruskan dengan pembentangan slide berkenaan sekolah yang diadakan dibilik tertutup. Majlis diteruskan dengan sesi bergambar bersama pelajar tahun 6 2012 serta guru SRI Cahaya Ummi dan Ahli Lembaga PIBG. 


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

04 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa Bersama Timb. Menteri Pelajaran Malaysia

Assalamulaikum w.b.t

15 Ramadhan 1433H bersamaan 4 Ogos 2012

Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi dengan berbesar hatinya akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama YB. Dr Hj. Mohd Puad Zarkashi selaku Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bertempat di dataran Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi. Tentatif program seperti berikut :


..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

03 Ogos 2012

Majlis Rahmat Ramadhan 1433H


Assalamualaikum w.b.t

14 Ramadhan 1433H bersamaan 3 Ogos 2012.

Pada 28 Julai yang lalu  Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi (SRICU) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Nilam (PERKIN) telah mengadakan Program Majlis Rahmat Ramadhan iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Hadiah Sumbangan Hari Raya kepada 100 orang yang dikategorikan kepada tiga kelompok utama iaitu anak-anak yatim, mualaf, fakir miskin dan ibu tunggal.

Majlis ini dimulakan dari jam 5 petang dan tamat pada jam 11 malam disertakan dengan hidangan moreh. Berikut adalah 2 tayangan multimedia yang kami sajikan pada program tersebut :


Montaj Majlis Rahmat Ramadhan 1433H











..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...