Assalamualaikum w.b.t
Kaifa halukum?
kami berharap agar kita semua terus di berkati Allah
di dalam bulan syawal ini
amin...
Pada 15 September bersamaan hari Khamis yang lepas Sekolah Rendah Islam Cahaya Ummi telah mengadakan majlis 'Rumah Terbuka Eidulfitri'.Sambutan kali ini diadakan bagi meraikan kehadiran para Ibu Bapa serta penduduk setempat selain mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga CUIS serta para Ibu Bapa dan penduduk setempat.
Selain itu, majlis ini diadakan rentetan daripada kejayaan anak-anak tahun 6 CUIS yang berjuang bertungkus lumus bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang baru sahaja berakhir pada hari yang sama.Pada hari tersebut juga para pelajar juga dibenarkan pulang ke rumah pada jam 2 petang bagi menjadikan majlis ini bertambah kemeriahannya.
Di bawah ini kami gambarkan kemeriahan suasana majlis tersebut:
Majlis dimulakan dengan bacaan doa daripada Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasnil
Ucapan daripada Guru Besar CUIS Pn Ummi Noorliza Bt Hj Ahmad
Ustaz Umar bersama ahli keluarganya |
Antara tetamu kehormat yang hadir |
Antara juadah-juadah yang di sediakan |
Tayangan 'slide' serta lagu-lagu raya menghiasi majlis |
Suasana meriah sepanjang majlis di jalankan
Di akhir 'entry' ini pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada guru-guru serta warga CUIS yang bertungkus lumus
menjayakan program ini termasuk para tetamu yang hadir
yang mana jumlah tetamu yang hadir sangat menggalakkan
yang mana kebanyakannya membawa juadah masing-masing
moga-moga ukhwah kita sampai ke Syurga
InsyaALLAH.
Sekian,wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan