Ikuti kami di Facebook

17 Julai 2011

Qiamullail Bersiri 2011

Assalamualaikum w.b.t

    Para Rasul terdahulu di wajibkan oleh Allah s.w.t untuk bangun di tengah malam untuk beribadah kepadanya sehingga Rasullah s.a.w sendiri kakinya lebab serta berdarah kerana bermunajat kepada Allah.Oleh itu pada 1 dan 15 Julai 2011 sekolah telah mengadakan program qiamullail yang mana di sertai oleh pelajar-pelajar tahap 2 dan guru-guru CUIS.

  Program bermula dengan pendaftaran pelajar pada pukul 8 setengah kemudian di teruskan dengan solat fardhu Isyak.Pada jam 10 malam pelajar berkumpul di surau bagi mengisi slot sahsiah diri bersama Ustaz Norismail Bin Sidek merangkap guru disiplin SRI Cahaya Ummi sebelum di jamah kudapan malam dan tidur pada pukul 11 setengah malam.



 Kemudian pelajar di kejut seawal pukul 4 pagi oleh Ustaz Hakimi dan istimewanya qiamullail di SRI Cahaya Ummi ini ialah ia diadakan di dataran sekolah berlapikkan tikar mengkuang.Qiamullail kami dipimpin oleh Ustaz Mohamad Hasnil B Abu Bakar.

 Di bawah ini kami sertakan beberapa keping foto untuk tatapan semua :



























Justeru itu ayuh sama-sama kita memohon agar ibadah kita diterima oleh Yang Maha Esa.amin~
Sekian.Wassalam.

..::Belum habis lagi, klik 'Baca Lagi', kalau sudah habis baca sampai-sampaikanlah, Syukran::..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...